Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

HASiL Anjur Program TCG, Praktik Proses Pematuhan Cukai Yang Adil Melalui Dua Fasa

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menganjurkan Pelancaran Program Tax Corporate Governance (TCG) sebagai inisiatif untuk menyokong rukun pemampanan dalam pentadbiran percukaian negara seiring dengan konsep Malaysia MADANI.

HASiL berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif “Cooperative Compliance” dan merupakan kolaborasi sulung secara rasmi antara pihaknya dengan pembayar cukai ke arah pematuhan cukai secara sukarela.

“Program ini juga memberikan penekanan dan penilaian ke atas Sistem Tadbir Urus Percukaian yang berkesan bagi memastikan organisasi dapat mengawal risiko percukaian serta menguruskan hal ehwal percukaian dengan bertanggungjawab dan beretika berdasarkan peruntukan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, majlis perasmian Program TCG dan pelancaran Program TCG Fasa Kedua telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin di Hotel Zenith, Putrajaya hari ini.

Sementara itu, HASiL memaklumkan program tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk mempraktikkan proses pematuhan cukai yang adil dan berkesan di Malaysia dan telah dilaksanakan menerusi dua fasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Fasa Pertama program ini melibatkan projek rintis bermulai 1 Jun 2022 hingga 30 Jun 2024 dan sebanyak sebelas penyertaan rasmi telah diterima sepanjang tempoh ini.

“Sijil Penyertaan telah disampaikan kepada tujuh syarikat yang telah berjaya melepasi dua peringkat penilaian iaitu semakan kecukupan dan keberkesanan, iaitu British American Tobacco (M) Berhad, Commercial Marketers & Distributors Sdn Bhd, Tobacco Importers & Manufacturers Sdn Bhd, Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Shell MDS (Malaysia) Sdn Bhd, Hong Leong Bank Berhad dan Hong Leong Islamic Bank Berhad,” ujarnya.

HASiL turut memberitahu bahawa fasa kedua bagi program ini akan bermula pada 1 Julai 2024 dan penyertaan adalah terbuka kepada pembayar cukai yang memenuhi kriteria program.

“Pelancaran Program TCG Fasa Dua menunjukkan komitmen pihak HASiL untuk membina hubungan yang lebih baik dengan pembayar cukai berdasarkan prinsip kepercayaan, kerjasama dan ketelusan,” jelasnya lagi.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Bahagian Cukai (SBC) Kementerian Kewangan John Patrick Antonysamy, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, badan profesional, pengamal media dan pengurusan kanan HASiL.

Pihak HASiL juga berharap pelaksanaan Program TCG  dapat meningkatkan persefahaman dengan pembayar cukai selain meningkatkan kepercayaan pemegang taruh ke atas organisasi berdasarkan sistem kawalan dalaman dan budaya tadbir urus yang mampan.

Untuk makluman, sebarang pertanyaan berkaitan dengan Program TCG boleh terus hubungi HASiL menerusi Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000, 603-8911 1000 (luar negara), HASiL Live Chat atau melalui Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Sukan

Kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sony Norde mendedahkan dirinya terpaksa berjalan kaki ke pusat latihan pasukan di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) dari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd