Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Harumkan Nama Negara, Dua Pesilat Dinaikkan Pangkat Sarjan

Pesilat negara, V Thamaraj yang mencipta sejarah apabila menjadi atlet berbangsa India pertama bergelar juara dunia dalam sukan silat akan dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dua atlet pesilat dinaikkan pangkat Sarjan

Pesilat Dinaikkan Pangkat Sarjan

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian,  Setiausaha Persatuan Silat ATM, Mejar Noorsyahiddawati Abdullah Sani, kenaikan pangkat ini merupakan penghargaan buat Thamaraj yang berjaya memenangi pingat emas dalam kategori bebas putera di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Artikel lain: ATM Pandang Serius Kes Aniaya Pegawai Kadet UPNM, Ambil Tindakan Tegas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Fauzan Hadi, pesilat ATM yang turut memenangi emas dalam kategori silat kreatif tunggal putera, juga akan menerima kenaikan pangkat yang sama.

“Mereka akan dipakaikan pangkat Sarjan pada 2 Januari ini, sebagai penghargaan buat mereka yang berkhidmat dalam Kor Polis Tentera Diraja.
“Mereka ini sememangnya layak untuk dipakaikan pangkat kerana telah mengharumkan nama Malaysia dan ATM di pentas antarabangsa,” katanya ketika ditemui menyambut kepulangan pesilat negara dari Abu Dhabi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Thamaraj, 29, berjaya menewaskan pesilat Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyobek di perlawanan akhir untuk meraih pingat emas dan bergelar juara dunia.

Pesilat Dinaikkan Pangkat Sarjan

Foto: TikTok fifty7k.sportswear

Fauzan pula mengungguli acara silat kreatif tunggal putera dengan meraih 9.960 mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Thamaraj yang telah berkhidmat selama 10 tahun bersama ATM berkata kenaikan pangkat itu memberikan motivasi kepada dirinya untuk melakar le bih banyak kejayaan untuk negara.

“Saya bersyukur kerana ATM menghargai pengorbanan saya, ini pastinya akan meningkatkan lagi motivasi saya untuk terus bekerja keras bagi meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd