Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Harga Tiket Melonjak? Sarawak Bakal Ada Syarikat Penerbangan Sendiri

Kerajaan negeri Sarawak memberi bayangan bakal memiliki sebuah syarikat penerbangan, lapor Utusan Online.

Difahamkan, syarikat penerbangan itu akan beroperasi secara serantau bagi memudahkan rakyat Sarawak untuk pulang ke kampung halaman.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya akan mengoperasikan sebuah syarikat penerbangan kecil sendiri. Ia secara tidak langsung dapat meringankan beban rakyat Sarawak, terutama ketika musim perayaan.

Beliau juga tidak menafikan bahawa harga tiket penerbangan akan melonjak naik pada musim perayaan, lebih-lebih lagi bulan Disember.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan memiliki dan membina syarikat penerbangan kecil itu, kita akan membantu rakyat dari segi penyediaan harga tiket yang berpatutan untuk mereka pulang ke Sarawak,”ujarnya.
Syarikat penerbangan Sarawak

Kredit Foto: UTUSAN/ SADDAM YUSOF

Beliau berkata demikina ketika menjawab soalan peserta Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 dalam sesi Town Hall Sarawak Agenda di  Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Dalam pada itu, beliau kini sedang mengusulkan cadangan kepada kerajaan Pusat untuk mengambil alih MASwings dari Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG)yang akan ditempatkan di bawah kerajaan negeri Sarawak.

Sumber: Utusan Online (Aiman Ali)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd