Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Harga Sawit Diramal Terus Lemah Sehingga Tahun Depan

Baru-baru ini, pihak Fitch Ratings menjangkakan harga penanda aras minyak sawit mentah (MSM) akan terus melemah dalam tempoh tiga hingga empat suku tahun akan datang.

Menurut laporan Berita Harian, perkara tersebut berlaku disebabkan  kejatuhan semula harga komoditi itu di bawah AS$800 (RM3,764.55) satu tan pada bulan ini.

“Pada masa ini, kami mengandaikan harga penanda aras MSM berada pada AS$600 (RM2,823.41) satu tan tahun depan dan meningkat sedikit kepada AS$650 (RM3,058.70) satu tan,” katanya.

Firma penarafan antarabangsa itu berkata, pada tahun ini pengeluaran minyak sawit menunjukkan peningkatan malah menjangkakan persekitaran akan bertambah baik.

Bagaimanapun, kemunculan fenomena El Nino berkemungkinan besar akan berlaku bakal menjejaskan pengeluaran pada akhir tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bekalan global minyak sayuran lain juga harus bertambah baik dalam tempoh ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, pihaknya turut meramalkan fenomena El Nino yang kuat bakal berlanjutan sehingga Mac tahun depan yang akan menyebabkan cuaca menjadi lebih kering daripada kebiasaan.

“Episod sebelum ini dalam corak cuaca menyebabkan cuaca lebih kering di Indonesia dan Malaysia biasanya berlarutan selama setahun atau lebih.
“Justeru, kami melihat risiko El Nino yang kuat berterusan sehingga sekurang-kurangnya akhir 2024.
“Ramalan cuaca dalam beberapa bulan akan datang seharusnya memberikan keterlihatan yang lebih baik pada separuh kedua 2024 4 dan seterusnya, sekali gus ia mungkin memberi gambaran positif dalam tinjauan harga MSM untuk 2024 hingga 2025,” katanya.

Sebelum ini, minyak sawit akan mengalami permintaan jangka pendek yang kukuh disebabkan kesan El Nino dan perayaan Deepavali yang secara tidak langsung menyokong harga komoditi tersebut, seperti mana yang dilaporkan Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Sumber: Berita Harian (Mohd Zaky Zainuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Sosial

Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah, berkongsi perasaan rendah diri dan kesukaran menepati harapan masyarakat terhadap lelaki menerusi hantaran di platform Threads. Ojen...

Lokal

Dua lelaki dipercayai mempunyai hubungan beranak bapa-anak ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam keadaan dikerat dan dibuang di...

Lokal

Aktivis Tamim Dahri dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan tenang walaupun kini direman selama dua hari, malah tetap menunjukkan semangat tinggi untuk meneruskan perjuangannya....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd