Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hannah Yeoh Saksi FAM Serah Kutipan Sumbangan Kepada PERHILITAN

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah menyaksikan penyerahan mock cheque dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang bernilai RM99,845.00 untuk Tabung Selamatkan Harimau Malaya pada hari ini.

Kredit foto: FB FAM

Kutipan sumbangan berkenaan adalah hasil jualan tiket daripada tiga perlawanan antarabangsa pasukan Harimau Malaya yang telah berlangsung pada bulan Oktober dan November 2023. Difahamkan, setiap RM 1 daripada harga tiket telah disumbangkan kepada tabung ini.

Kredit foto: FB FAM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jumlah keseluruhan sumbangan kepada Tabung Selamatkan Harimau Malaya ini setelah dilancarkan pada Mac 2023 ialah RM131,408.00 merujuk kepada enam perlawanan antarabangsa Harimau Malaya.

Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, YBhg. Datuk Wira Mohd Yusoff bin Haji Mahadi dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi (PERHILITAN), YBhg. Dato’ Hasnan bin Hj. Yusop.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/pfbid02RUMze7iGQFhyXxrPWXg88pfbFMmVVQmkrJs4nn8KT5BrriS1RB8sEAX1cJyeGS7Fl

Kolaborasi KBS dan FAM ini menjadi saksi kepada satu bukti konklusif di mana kedua-dua organisasi ini juga menitikberatkan hidupan liar khususnya harimau Malaya yang merupakan haiwan ikonik Malaysia yang kini kian terancam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini adalah satu misi yang izhar buat FAM dan KBS dalam pemuliharaan harimau Malaya.

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Spotlight

Pempengaruh kontroversi Indonesia, Lucinta Luna atau Muhammad Fatah dilihat muncul dengan penampilan berbeza apabila dilihat kembali ke fitrah asalnya sebagai seorang lelaki. kembali ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd