Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hannah Yeoh Rasmi Pelancaran Simulator Golf Di Menara KBS

Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS), sebuah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama iDataRaya Sdn. Bhd. telah melancarkan Simulator Golf di Menara KBS, Putrajaya pada Isnin.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif PPGS Megat Mohd Shahrin Mohamed Hamdan berkata, simulator golf ini yang pertama di Menara KBS dan bertujuan untuk menarik minat belia-belia di sekitar Putrajaya untuk mencuba dan mempelajari sukan golf dengan harga yang rendah.

Foto: FB KBS Malaysia

“Projek ini selari dengan inisitatif Sukan untuk Semua, dengan memberikan akses kepada penjawat kementerian-kementerian dan rakyat umum untuk mencuba golf,” katanya.

Majlis perasmian pelancaraan Simulator Golf tersebut disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Megat berkata, projek simulator golf ini selari dengan inisiatif Rakan Muda iaitu Rakan Aktif dan Rakan Digital yang sedang giat diketengahkan oleh pihak Kementerian.

Foto: FB KBS Malaysia

“Harapan saya adalah supaya stigma sukan golf adalah sukan elitist di negara ini dapat diketepikan dengan adanya projek seperti ini dibawah PPGS dan KBS dengan bantuan pihak swasta.” ujarnya.

Sementara itu, penggunaan simulator golf ini diberi secara percuma bagi enam bulan pertama untuk menggalakkan penggunaan dan selepas tempoh tersebut berakhir, caj bayaran rahmah akan dikenakan untuk penggunaan simulator golf.

Selain itu, program latihan dan tutorial golf bersama jurulatih juga akan dilaksanakan di Menara KBS dengan fi yang tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB KBSMalaysia

Untuk makluman, Projek Simulator Golf ini merupakan projek kolaborasi diantara PPGS, iDataRaya sebagai pembekal tempatan dan Together World Corporation dari Korea Selatan sebagai pengilang simulator golf ini.

PPGS dan iDataRaya juga akan menjalankan pelbagai program bersama pelajar di sekolah yang berada sekitar Putrajaya yang membolehkan pelajar berkenaan mencuba sukan golf bagi menggalakkan aktiviti sukan dan memupuk minat sukan golf dalam kalangan kalangan pelajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd