Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hajat Makan Malam Tak Kesampaian: Isteri Meninggal, Suami Parah Dirempuh Triton Langgar Lampu Merah

Hajat Makan Malam

Hajat makan malam bersama pasangan tidak kesampaian apabila seorang wanita meninggal dunia dan suaminya parah dalam kejadian langgar lari yang berlaku di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) pada malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, pasangan suami isteri, Roslinah Sinan, 53, dan Hisham Omar, 57, sedang dalam perjalanan menaiki motosikal Honda Wave 125 menuju Balai Panjang dari arah Malim, untuk menikmati hidangan makan malam di sebuah kedai makan.

“Semasa pasangan ini berhenti di lampu isyarat Lebuh AMJ-Balai Panjang, sebuah kenderaan pikap Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun melanggar motosikal mereka dengan kuat,” kata Christopher.

Artikel lain: Tangan Dah Digari, Lelaki Warga Nigeria Gigit Telinga Koperal Hingga Putus

Hajat Makan Malam Suami Isteri Tak Kesampaian

Akibat rempuhan itu, Roslinah, yang berada di tempat duduk pembonceng motosikal, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Suaminya, Hisham, turut cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemandu Mitsubishi Triton tersebut, yang dipercayai bertindak melarikan diri selepas kemalangan, akhirnya ditahan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut, termasuk ujian darah dan saringan air kencing ke atas suspek.

“Suspek menggunakan kenderaan syarikat ketika kejadian, dan beliau akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh untuk permohonan reman,” jelas beliau.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan seorang saksi cuba merakam nombor pendaftaran kenderaan suspek yang melarikan diri selepas kemalangan itu. Polis kini sedang mengesan saksi bebas dan mendapatkan rakaman dari kamera papan pemuka bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Skuad kuadran negara muncul juara dunia selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Kuartet...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd