Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hajat Laksana Ibadah Korban Tidak Kesampaian, Guru Rugi RM2,900 Ditipu Scammer

Hajat seorang guru wanita untuk melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tidak kesampaian apabila lembu yang ditempah pada minggu lalu yang berharga RM2,900 rupanya tidak wujud.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian bermula pada 12 Jun lalu kira-kira jam 8.20 malam semasa guru berusia 39 tahun itu melayari laman sosial untuk mencari lembu korban.

Foto: Utusan

“Pengadu kemudiannya telah berhubung melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang lelaki yang mendakwa sebagai penjual lembu dikenali sebagai Anis di talian 011-53603701.
“Pengadu berminat lalu berbincang mengenai harga lembu berkenaan, sebelum dia membuat pembayaran secara dalam talian berjumlah RM2,900 ke dalam akaun bank atas nama Muhamad Fazlee Harun pada Ahad lalu jam 9.36 malam,” katanya.

Foto sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah membuat pembayaran, Anis berjanji akan menghantar lembu terbabit di masjid, namun apabila tiba Hari Raya Aidiladha (Isnin) lembu tiada di tempat yang dijanjikan.

“Pengadu telah bertanya kepada penduduk kampung dan mereka memberitahu nombor telefon terbabit bukan nombor telefon penama Anis. Pengadu rasa diri ditipu lalu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
“Hasil siasatan lanjut dapati pengadu telah terpedaya dalam urusan jual beli lembu, di mana pengadu melihat dan mencari lembu untuk dikorbankan di laman sosial serta berurusan melalui pesanan WhatsApp sebelum diminta untuk membuat transaksi bagi proses pembelian tersebut,” katanya.

Chang Hook berkata, mangsa telah membuat laporan polis pada Isnin jam 6.12 petang dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd