Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hafizul Harawi Direman 7 Hari, Polis Maklum Tiada Kecelaruan Mental

Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini membenarkan suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada awal pagi Ahad direman tujuh hari.

Menurut laporan Astro Awani, perintah reman hari ini sehingga 22 April (Khamis) itu telah dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek.

Foto: Astro Awani

Reman suspek dikenali Hafizul Harawi yang ditahan semalam di Jalan Bayam, Kelantan untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, suspek yang memakai baju lokap bewarna ungu itu telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu dengan iringan ketat anggota polis sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Foto : Harian Metro
Dalam pada itu, Shuhaily turut memberitahu bahawa suspek berada dalam keadaan sihat secara fizikal tanpa sebarang masalah kecelaruan mental.
Sebelum ini media melaporkan, selepas melarikan diri lebih daripada 36 jam, akhirnya suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang ditahan polis, pada semalam (Isnin).
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek tercedera akibat terkena tembakan tersebut dan telah dikejarkan ke hospital berdekatan dan kini dilaporkan stabil.
Sumber: Astro Awani (Muhafandi Muhamad)

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Sosial

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd