Connect with us

Hi, what are you looking for?

Uncategorized

Hadir Parti Tertutup, Penyanyi Rap Kumpulan Migos Maut Terkena Tembakan Rambang

Penyanyi rap popular, Takeoff atau nama sebenarnya Kirshnik Khari Ball dari kumpulan Migos dilaporkan meninggal dunia selepas ditembak ketika berada di sebuah parti tertutup di pusat bowling di Houston, Texas, Amerika Syarikat, semalam.

Menurut laporan CNN, pihak berkuasa telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 2.34 pagi waktu tempatan dan apabila tiba di tempat insiden, Takeoff ditemui terkujur kaku tanpa bernyawa.

Difahamkan juga, terdapat dua orang lagi mangsa mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan selanjutnya.

Menurut saksi, pertengkaran telah berlaku selepas parti tersebut berakhir dan kemudian beberapa individu melepaskan tembakan secara rambang terkena bahagian kepala Takeoff sehingga menyebabkan kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan kejadian yang menyayat hati ini, ramai yang meluahkan rasa sebak terutamanya para peminat yang kehilangan seorang penyanyi rap sangat berbakat.

Sumber: CNN Entertainment

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd