Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Guru Parah Ditetak Pelajar, Tak Terima Dapat Markah Peperiksaan Teruk

Seorang guru di Daerah Demak Indonesia parah apabila ditetak oleh pelajarnya kerana tidak berpuas hati menerima markah rendah dalam peperiksaan penilaian pertengahan semester.

Guru cedera parah ditetak pelajar

Memetik laporan dari Tribun Jateng, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi Isnin 25 September 2023.

Pengetua Madrasah Aliyah yang dikenali sebagai Masrukin memakumkan yang mangsa berada dalam keadaan duduk sambil mengawasi para pelajarnya di dalam kelas sebelum dihampiri suspek yang datang dengan menunggang motosikal.

Sebelum meluru ke arah guru yang bernama Fathkur itu, suspek sempat memberi salam dan mengeluarkan sebilah pisau kecil dari belakang badannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa sedang duduk di meja sambil mengawasi para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan.
“Suspek masuk ke dalam kelas, sempat memberi salam sebelum menikam mangsa,” ujarnya.

guru parah ditetak

Setelah mencederakan bahagian belakang leher dan lengan kiri, suspek segera mencampakkan senjata dan beredar dengan menggunakan motosikal.

Guru alami kecederaan parah selepas ditetak

Susulan daripada serangan tersebut, guru berkenaan mengalami kecederan parah dan luka tikaman sedalam 10 sentimeter. Mangsa segera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Dalam pada itu, Masrukin juga menjelaskan bahawa suspek memang pelajar yang agak bermasalah dan sudah lama tidak masuk ke dalam kelas.

Merujuk kepada kenyataan dari Ketua Polis Wilayah Kebonagung, Suwondo, suspek tergamak melakukan jenayah tersebut kerana dendam terhadap mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek dipercaya selalu tidak hadir ke sekolah dan tidak menyelesaikan kerja sekolah yang diberi oleh mangsa. 
“Suspek juga pernah ditegur dan dinasihati oleh mangsa, tetapi suspek tidak dapat menerimanya,” ujarnya.

guru parah ditetak

Setakat ini, pihak polis dimaklumkan sudah berjaya menahan suspek yang sebelum ini sempat melarikan diri setelah menikam mangsa.

Sumber: Tribun Jateng

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd