Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Didakwa Liwat Pelajar, Enam Laporan Diterima Setakat Ini

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang, Gua Musang sejak dua tahun lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini enam laporan terhadap suspek sama telah diterima pihaknya termasuk tiga laporan melibatkan pelajar tahfiz di Bachok yang berusia 12 hingga 13 tahun.

Foto: The Sun

“Suspek masih direman sehingga 29 April ini dan banyak lagi perkara yang kita ingin lihat.
“Sebelum ini, tiga laporan dibuat pelajar di Bachok yang merupakan tempat suspek bertugas sebelum ini,” katanya semasa sidang akhbar di Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Muhamad Zaki tidak menolak berkemungkinan akan ramai lagi mangsa yang akan hadir membuat laporan kerana di Machang sahaja pihak polis mendapati penuntut dan pelajarnya ada 15 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa yang lain mungkin masih ragu-ragu dan enggan membuat laporan berikutan atas sebab-sebab tertentu,” ulasnya lagi.

Foto hiasan

Beliau turut memberitahu pihaknya masih menunggu dan akan memanggil ibu bapa mangsa yang terlibat untuk melakukan perbincangan dan tindakan lanjut.

Muhamad Zaki turut menjelaskan bahawa siasatan mendapati pusat tahfiz berkenaan juga beroperasi tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) selain tidak dipantau oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd