Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Bahasa Inggeris Dari Sabah Terima Anugerah Guru Dedikasi Cambridge

Seorang guru bahasa Inggeris di Sabah telah dinobatkan sebagai pemenang serantau dan terima Anugerah Guru Dedikasi Cambridge bagi tahun 2024.

Memetik laporan Malaysiakini, pertandingan global itu dijalankan bagi menghargai jasa guru di seluruh dunia atas dedikasi dan pencapaian mereka.

Foto lama: Facebook 1Sabah  

Guru yang bernama Sydney Engelbert itu mengajar di Kolej Vokasional Keningau dan beliau telah dipilih sebagai pemenang serantau untuk Asia Tenggara dan Pasifik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau memenangi anugerah ini kerana komitmennya terhadap kerjasama silang budaya yang membantu mengembangkan kemahiran komunikasi pelajarnya.

Guru Sabah terima Anugerah Guru Dedikasi Cambridge

“Sydney mengajar di sebuah sekolah luar bandar di Keningau, Sabah yang pelajarnya jarang meninggalkan daerah ini.
“Para hakim memuji peranan Sydney dalam memperkayakan pendidikan pelajarnya walaupun di tempat terpencil.
“Khususnya apabila Sydney merintis kelas pertukaran dalam talian pada 2022 dengan beberapa sekolah vokasional lain di Malaysia, Filipina, Kemboja dan Indonesia,” kata Cambridge University Press.

Artikel lain: Lee Chong Wei Dijemput Dalam Perlawanan Paris 100 Hari Bersama Pemain Badminton Terbaik Dunia

Sydney akan menerima buku dengan dengan harga £500 (RM2,946.42) untuk kelasnya, trofi, peluang mengambil bahagian dalam majlis anugerah serantau.

Selain itu, Sydney juga akan menerima publisiti untuk kelasnya bersama-sama sekolah tempat dia bertugas pada tahun akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Sydney berkata dia amat berbesar hati kerana menerima pengiktirafan Anugerah Guru Dedikasi Cambridge bagi tahun ini.

“Penting untuk kita wujudkan persekitaran pembelajaran dalam pertukaran budaya untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran praktikal dan komunikasi yang diperlukan untuk masa hadapan.
“Saya amat berbangga dengan kejayaan pelajar saya menjadi sebahagian daripada kelas pertukaran atas talian.
“Kelas tersebut tertumpu pada kecekapan budaya dan meneroka topik di luar standard kurikulum,” kata Sydney.

Sekadar info, Cambridge menerima 14,840 pencalonan daripada 141 negara untuk pertandingan tahun ini.

Sydney merupakan guru kedua Kolej Vokasional Keningau memenangi anugerah serantau selepas Khalifa Affnan pada 2022.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd