Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Balai Seni Negara Buat Persiapan Terima Lukisan Bernilai Tinggi Terkait Skandal 1MDB

Balai Seni Negara sedang melaksanakan persiapan rapi bagi menerima empat karya seni yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas berjaya dibawa pulang seperti diumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Proses penyerahan lukisan minggu depan

Memetik laporan daripada Berita Harian, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara memaklumkan proses penyerahan lukisan itu yang dijadualkan minggu depan akan dilaksanakan secara teliti dan berfasa bagi memastikan semua prosedur pengendalian dipatuhi dengan sempurna.

Katanya, persiapan turut melibatkan fasiliti penyimpanan dan pemuliharaan khusus termasuk ruang konservasi yang dilengkapi sistem kawalan suhu serta kelembapan yang stabil.

“Langkah ini penting bagi memastikan karya-karya itu berada dalam keadaan optimum serta mematuhi piawaian konservasi yang ditetapkan.
“Aspek keselamatan juga diberikan keutamaan melalui pelaksanaan kawalan yang ketat bagi menjamin setiap karya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Ditempatkan sementara di ibu pejabat SPRM

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan lukisan berkenaan akan diserahkan kepada Balai Seni Negara selepas ditempatkan sementara di ibu pejabat SPRM dalam keadaan terkawal sebelum dipindahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Empat karya yang terlibat ialah Composition (1953) oleh Joan Miró, Maison de rendez-vous, rue Saint-Rustique, Montmartre (1934) oleh Maurice Utrillo, Étude pour femme couchée (1948) oleh Balthus serta L’Ecuyère et les clowns (1961) oleh Pablo Picasso.

Laporan media menyebut sejumlah karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB akan dipamerkan di Balai Seni Negara untuk tatapan umum sebaik tiba di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Balai Seni Negara menegaskan komitmen untuk memastikan semua proses pengendalian, penyimpanan dan pemuliharaan dilaksanakan mengikut standard antarabangsa bagi memelihara nilai sejarah serta kepentingan karya untuk generasi akan datang.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd