Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gunung Ruang Kembali Meletus, Indonesia Keluar Status Berjaga-Jaga Paling Tinggi

Gunung berapi Ruang dilaporkan kembali memuntahkan lahar beberapa kali pada hari ini, sehingga menyebabkan ratusan penduduk telah dipindahkan termasuk penutupan lapangan terbang telah dilakukan.

Memetik laporan Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) Indonesia, tahap amaran kepada paras tertinggi dinaikkan susulan letusan berkenaan.

Foto: Majoriti

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa ancaman dari gunung berapi tersebut belum lagi berakhir memandangkan ia telah memuntahkan lahar lebih daripada 12 kali bulan ini yang menyebabkan lebih dari 6,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gunung berapi Ruang yang terletak diutara Sulawesei itu meletus sekitar pukul 1.15 pagi waktu tempatan dan kembali meletus sebanyak dua kali pada Selasa, hari ini.

Dalam pada itu, rakaman di media sosial pada hari ini menunjukkan lava mengalir menuruni gunung berapi, yang terletak kira-kira 100 km (62 batu) dari ibu kota wilayah Manado.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa pengangkutan bertindak menutup sementara lapangan terbang Manado selepas letusan awal bulan ini, manakala batu dan abu yang berjatuhan merosakkan rumah dan memaksa hospital berdekatan dipindahkan.

Foto: Harian Metro

Terdahulu, gunung berapi Ruang, Sulawesi setinggi hampir satu kilometer dari paras laut telah meletus sekurang-kurangnya tiga kali dalam minggu ini bermula sejak 16 April jam 9.45 malam.

Letusan tersebut telah melepaskan abu setinggi sekitar 20 kilometer ke Udara dan menghasilkan 4,000 sambaran kilat di sekitarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Letusan gunung berapi ini telah menyebabkan sekitar 800 penduduk tempatan terpaksa berpindah namun tiada kematian dan kemalangan dilaporkan setakat ini.

Gunung Berapi Ruang sebelum ini pernah meletus sekitar 12 kali. Kali pertama direkodkan pada tahun 1808 dan paling teruk terjadi pada tahun 2002.

Sumber: Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd