Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gunung Ruang Di Indonesia Meletus, Ratusan Penduduk Diarah Berpindah

Sebuah gunung berapi di Indonesia dikenali sebagai Gunung Ruang meletus beberapa kali sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan selepas ia memuntahkan lahar dan debu tebal setinggi lebih 1,500 meter ke permukaan udara.

Memetik laporan berita Antara, letusan pertama gunung berapi Ruang di wilayah Sulawesi Utara itu berlaku pada jam 9.45 malam (waktu tempatan) pada Selasa dan ia meletus lagi pada awal pagi Rabu.

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, tiada kematian atau kecederaan dinyatakan setakat ini setelah pemindahan segera melibatkan lebih 800 penduduk di dua perkampungan di Pulau Ruang dan Tagulandang dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Letusan pertama membebaskan debu tebal setinggi dua kilometer ke permukaan udara. Ia disusuli dengan ledakan kedua.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, tahap amaran Ruang setinggi 727 meter itu telah dinaikkan daripada dua kepada tiga malah pihak berkuasa turut menguatkuasakan zon pengecualian untuk lingkungan empat kilometer dari lokasi kawah,” kata Ketua Agensi Geologi, Muhammad Wafid.

Foto: berita Antara

Difahamkan, aktiviti vulkanik di Gunung Ruang meningkat selepas berlaku dua kejadian gempa baru-baru ini.

Gunung Ruang secara administratif terletak di Desa Tulusan, Kecamatan Tagulandang, Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara.

Gunung berapi aktif itu dapat dilihat secara jelas  dari Pos Pengamatan Gunung Berapi (PGA) yang terletak di Kecamatan Tagulandang, Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: berita Antara (Sugiharto Purnama)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd