Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Guan Eng Ambil Tindakan Saman Terhadap Siti Mastura

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng ambil tindakan saman terhadap Ahli Parlimen (MP) Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad susulan tidak dapat membuktikan tuduhannya terhadap MP Bagan itu.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, tindakan tersebut diambil kerana Siti Mastura didapati membuat fitnah dan dakwaan tidak benar terhadap beliau, lapor MalaysiaGazette.

Guan Eng ambil tindakan saman terhadap Siti Mastura

Foto: BNN Breaking

“Saya telah melantik Datuk Sankara Narayanan Nair sebagai peguam untuk memulakan prosiding undang-undang dan tindakan jenayah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura atas ucapan kebenciannya terhadap saya.
“Siti Mastura membuat ucapan kebencian itu di sebuah acara PAS di Kemaman pada 4 November lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada mulanya, Guan Eng telah memberikan Siti Mastura tempoh 48 jam untuk mengemukakan bukti berkenaan tuduhannya kepada MP Bagan itu.

Artikel berkaitan: Siti Mastura Gagal Kemuka Bukti Dalam 48 Jam, DAP Buat Laporan Polis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu merujuk tuduhan tersebut mengenai satu video yang tular memaparkan Siti Mastura memberikan ucapan dalam satu program PAS di Kemaman.

Sebelum ini, Siti Mastura mendakwa Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Perdana Menteri pertama Singapura, Chin Peng dan pemimpin komunis, Lee Kuan Yew.

Foto: MalaysiaGazette

Selain daripada membuat dakwaan tersebut, Siti Mastura juga telah memfitnah isteri beliau dan beberapa orang pemimpin lain dalam parti DAP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Guan Eng juga menggesa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberikan kenyataan terbuka terhadap dakwaan Siti Mastura.

Katanya, Abdul Hadi dan Muhyiddin perlu menyatakan pendirian mereka terhadap fitnah melampau Siti Mastura kepada Kit Siang, Guan Eng dan DAP.

“Perhatian yang sama adalah penyokong PAS yang terus-menerus mendukung dan memuji Siti Mastura hanya kerana fitnahnya telah menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin dan penyokong DAP serta rakyat Malaysia biasa.
“Penyokong PAS tidak peduli bahawa dia telah berbohong atau membuat kenyataan perkauman dan ekstremis asalkan itu melawan pemimpin DAP,” katanya.

Sumber: MalaysiaGazette (Muhammad Azizul Osman)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Nasional

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang, Ruby Adira Batreisya, 17, yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd