Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lelaki Dakwa Misi Kemanusiaan GSF Hanya Sekadar Lakonan – “Nak Angkat Jadi Hero”

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza.

Hanya sekadar lakonan

GSF sekadar lakonan

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, lelaki yang dikenali sebagai Jebat Derhaka itu mendakwa misi kemanusiaan itu sekadar lakonan semata-mata kerana mustahil mampu melepasi sekatan yang dibuat oleh pihak tentera Israel.

@nastro_azzuro78

Jebat Derhaka ulas pasal isu Global Sumud Flotilla(GSF)‼️ #teamjebatderhaka #edisisemasa #reelsvideo #isupanas🔥 #fypシ゚

♬ original sound – nastro@zzuro – nastro@zzuro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas kita melihat semula misi Flotilla, misi ke Gaza, apabila saya mengkaji perkara ini, saya rasa bahawa ia adalah lakonan semata-mata. Disahkan. 99% berlakon.
“Persoalannya di sini, mereka tahu mereka akan ditangkap, mereka tahu mereka akan dirampas. Mengapa mereka pergi juga? Mengapa mereka meredah juga? Sedangkan tujuan misi itu, jika ditanya, pada awalnya mereka berkata untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Tetapi jika anda sudah tahu bahawa di hadapan kau terdapat Israel, dan Israel akan merampas kapal dan menangkap kau kenapa redah juga, bermakna kau telah melupakan misi ini,” ucap Jebat Derhaka di TikTok.

Bukan itu sahaja, menurut Jebat misi kemanusiaan itu merupakan perkara sia-sia kerana umum mengetahui Israel merupakan negara yang sangat kejam tanpa perlu didedahkan kepada dunia.

“Jadi apa tujuan anda sebenarnya? Apakah misi sebenar mereka? Maka setelah mereka didesak, akhirnya mereka keluarkan kenyataan kedua.
“Di mana mereka berkata, misi kami bukan hanya untuk menghantar bantuan ke Gaza. Misi kami adalah untuk menunjukkan kepada dunia, di mata dunia, betapa jahatnya Israel. Betapa kejamnya Israel, kami ingin memberitahu dunia.
“Jadi menghantar bantuan ke Gaza hanyalah topik. Sebenarnya, ingin memberitahu dunia bahawa Israel kejam. Hei. Adakah Israel kejam baru semalam, baru minggu lepas, atau baru bulan lepas? Israel kejam terhadap Palestin selama lebih setengah abad.
“Adakah anda faham? Adakah ia logik? Anda sudah mempunyai misi untuk menghantar bantuan ke Gaza. Anda tahu bahawa pada masa hadapan anda akan dirampas oleh Israel,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Jebat mendakwa usaha untuk memberikan bantuan kepada penduduk Gaza melalui lautan perairan amatlah mustahil dan menganggap gerakan itu hanyalah wayang semata-mata demi mengangkat seseorang sebagai hero.

Artikel lain: GSF: Haroqs Ditahan, Hasrat Bawa Coklat Untuk Kanak-Kanak Di Sana Tidak Kesampaian

“Jadi matlamat kau adalah untuk ditangkap. Adakah kau tahu?  Yang boleh redah tempat dengan pelbagai jenis senjata berbahaya macam tu Zul Arifin sahaja. Itu pun dalam filem Syarif. 
“Jadi kalau tanya saya, misi ke Gaza atas nama kapal Frotila, semuanya 23 orang. Ini semua sebenarnya wayang. Saya serius. Ini semua wayang. Saya tak kisah, saya hanya menyatakan fakta. Jadi bagi saya, 99.9% misi flotilla ke Gaza adalah wayang.
“Tujuan wayang ini adalah untuk mengangkat seseorang untuk dilihat sebagai hero. Untuk dilihat sebagai hero. Dalam cerita bodoh macam ni,” tambahnya lagi.

Sumber: TikTok nastro_azzuro78

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd