Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Greta Thunberg Akan Dibebaskan Selepas Jadi Tahanan Sejak Minggu Lalu

Aktivis terkenal Sweden, Greta Thunberg, dilaporkan bakal dibebaskan selepas ditahan minggu lalu ditahan oleh pihak berkuasa Israel.

Greta Thunberg dibebaskan

Greta, 22, antara ratusan aktivis antarabangsa yang ditahan minggu lalu ketika menyertai Global Sumud Flotilla, sebuah misi kemanusiaan ke Gaza.

Menurut laporan The Guardian, misi GSF itu terdiri daripada 45 kapal dengan lebih 400 peserta termasuk ahli politik, peguam dan sukarelawan dari seluruh dunia.

greta

Foto: The Guardian

Tujuannya adalah menghantar bantuan ke Gaza serta mencabar sekatan laut Israel yang telah berkuat kuasa selama 16 tahun.

Namun, misi itu tidak kesampaian apabila tentera Israel memintas kesemua kapal di perairan antarabangsa sebelum menahan semua penumpang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Delegasi Malaysia Dedah Ada Aktivis Wanita Diarah Buka Hijab, Minum Air Dari Tandas

Sepanjang dalam tahanan, Greta mendakwa berdepan layanan kasar. Menurut seorang pegawai kedutaan Sweden yang sempat menemuinya di penjara, Greta menceritakan bahawa beliau ditempatkan di sel dipenuhi pepijat, tidak mendapat bekalan makanan serta air yang mencukupi sehingga mengalami dehidrasi dan ruam pada kulit.

greta

Foto: MSN

Lebih mengejutkan, beberapa orang saksi mendakwa aktivis muda itu dipaksa memegang bendera ketika gambarnya dirakam.

Seorang aktivis Turki, Ersin Celik mendedahkan, Greta ditarik rambut, dipukul dan dipaksa mencium bendera Israel sebagai ugutan kepada peserta lain.

Wartawan Lorenzo D’Agostino yang turut ditahan turut mengatakan Greta dibalut dengan bendera Israel dan dipemerkan seperti trofi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

greta

Walaupun pengalaman getir itu meninggalkan kesan mendalam, gadis muda itu dilaporkan akan segera meniggalkan Israel bersama beberapa aktivis lain selepas proses pembebasan mereka dimuktamadkan.

Kisah penahanan ini sekali lagi menrik perhatian dunia, bukan sahaja terhadap keberanian aktivis muda itu, tetapi juga terhadap persoalan lebih besar mengenai hak asasi manusia, kebebasan bersuara, dan cara Israel melayan aktivis antarabangsa.

Sumber: The Guardian (Simran Pasricha)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd