Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Graduan Politeknik Berpeluang Penuhi Keperluan Tenaga Kerja Di Syarikat2 Milik Jepun

Graduan politeknik berpeluang untuk memenuhi tenaga kerja yang diperlukan di syarikat-syarikat milik Jepun di Malaysia susulan lawatan yang dilakukan Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Koichi Takano dan Ketua Pegawai Penyelaras Dewan Perdagangan dan Perindustrian Jepun Malaysia (JACTIM), Kazuya Kitae di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

Menurut Kochi Takano, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi tumpuan Jepun ketika ini dan ingin melihat bagaimana politeknik mampu memenuhi keperluan berkenaan.

“Hari ini kita telah mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan. Saya melihat banyak peluang bagi kedua-dua pihak untuk mengadakan kerjasama pada masa akan datang,”
“PSA (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) adalah institusi yang flaksibel untuk berkerjasama dengan syarikat-yarikat Jepun dan saya harap kita boleh menyokong usaha ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kazuya Kitae yang pertama kali mengunjungi PSA pula memberitahu melihat politeknik potensi besar untuk menyumbang tenaga kerja yang diperlukan menerusi graduan-graduan yang bakal dihasilkan.

“Ketika ini terdapat lebih 1600 syarikat milik Jepun yang beroperasi di Malaysia,”
“Cabaran utama bagi syarikat-syarikat ini adalah mendapatkan tenaga kerja separa profesional dan profesional” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman memaklumkan pihak mereka menyambut baik inisiatif tersebut serta berharap dapat menjalin kerjasama antara PSA dengan JACTIM, lebih-lebih lagi menerusi perpindahan ilmu dan kepakaran dalam teknologi industri terkini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita melihat potensi untuk mengadakan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak bagi tujuan perpindahan ilmu dan kepakaran dalam teknologi industri terkini dengan menerima pensyarah dan pelajar PSA selain dapat menerima pelajar PSA sebagai pelatih industri dan terus diserap sebagai pekerja mahir,” jelasnya.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Pengarah Urusan Canon Machinery (Malaysia) Sdn. Bhd, Atsushi Tsuchikawa, Pengarah Eksekutif M. MORITA Management Sdn. Bhd. Misao Morita, Pengarah Urusan IHI Power System, Emi Ohno, Penasihat Pengambilan Reeracoen Malaysia, Daisuke Fukuda serta pegawai dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Mereka telah dibawa melawat ke Centre for Medical Electronic Technology (CMET), PSA yang merupakan pusat rujukan, penyelidikan dan inovasi dalam bidang elektronik perubatan dan Rumah Tim Tech iaitu rumah kayu yang dibina menggunakan konsep Industrialise Building System (IBS).

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd