Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Golongan Muda Digalakkan Ceburi Bidang Tenaga Boleh Baharu

Golongan muda digalakkan untuk menceburi bidang Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang mampu membantu usaha kerajaan untuk mempercepat peralihan tenaga negara.

Menurut laporan Harian Metro,  Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyeru kepada golongan tersebut untuk memanfaatkan inisiatif yang disediakan kerajaan sekaligus memenuhi peluang pekerjaan dalam sektor TBB.

Difahamkan, usaha tersebut perlu disambut baik oleh syarikat tempatan memandangkan ia salah satu usaha kerajaan untuk menurunkan impak jejak karbo.

“Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional yang membolehkan syarikat mengambil peluang untuk berganjak kepada TBB.
“Usaha kerajaan itu termasuk memberikan akses pembiayaan melalui sistem perbankan yang mana bank memperkenalkan pembiayaan hijau.
“Pihak bank (terbabit) juga telah memberi komitmen pembiayaan melebihi RM200 bilion bagi menggalakkan peralihan industri kepada ekonomi rendah karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri sesi forum bertajuk Accelerating Malaysia’s Sustainable Future sempena program Youth Empowerment Fair 2024 (YEF 2024) di sini, kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, bagi memudahkan peralihan model perniagaan rendah karbon, Bank Negara Malaysia menyediakan dana RM892 juta bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF).

“Secara ringkasnya, kerajaan berusaha dari segi penetapan dasar, menyediakan kemudahan serta insentif dan seterusnya memastikan pasaran turut melaksanakan (perkara itu),” ujarnya lagi.

Sumber: Harian Metro

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd