Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gempa Bumi Landa Filipina, Gegaran Turut Dirasai Di Sekitar Sabah, Labuan

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa bumi kuat yang berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.

Ketua Pengarah Muhammad Helmi Abdullah berkata, gegaran daripada gempa bumi tersebut turut dirasai di sekitar negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Foto: Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia

“Pusat gempa bumi tersebut terletak 6.1 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur dengan kedalaman 632 km,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga melaporkan gempa bumi tersebut terletak kira-kira 154 km Tenggara dari Bandar Isabela, Filipina.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Berita Harian pula melaporkan penghuni di beberapa bangunan tinggi di daerah Kota Kinabalu, Sabah bergegas turun dan keluar dari bangunan tersebut berikutan gegaran yang dirasai mereka selama kira-kira 10 saat.

Foto: Berita Harian

Pegawai Jabatan Bomba dilaporkan berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan dan pemindahan bangunan di beberapa daerah, seperti Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Sandakan, Ranau, dan Kota Belud berikutan gegaran berkenaan.

Untuk makluman, Filipina merupakan negara yang sering dilanda gempa bumi dan kejadian terakhir dilaporkan pada awal tahun ini dengan ukuran 6.7 pada skala Richter melanda kawasan pantai Selatan Filipina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia, Berita Harian (Olivia Miwil)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd