Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bagi Kuih Raya, Dapat Lamaran Pula! Gelandangan Terus Nak Merisik Wanita Ini

Gelandangan

Tular di media sosial memaparkan insiden mencuit hati seorang wanita ketika cuba bersedekah kepada seorang gelandangan di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Berdasarkan video berdurasi seminit dua saat itu, seorang wanita dilihat menyeberangi jalan raya lalu menghampiri seorang gelandangan lelaki.

@kunyahan_

#fypmalaysia🇲🇾

♬ original sound – kunyahan_ – kunyahan_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kemudiannya menghulurkan sebalang kuih raya kepadanya, namun reaksi spontan lelaki tersebut telah membuatkan dirinya terkejut.

“Nak biskut raya tak? Tak nak. Nak orangnya. Simpan, simpan, bawa balik. Nak jumpa banyak kali.
“Nak merisik,”katanya kepada wanita itu.

Artikel lain: “Sambung Ayat Al-Quran Dapat Apam Balik Percuma..”- Peniaga Dipuji Niaga Sambil Berdakwah

Gelandangan Terus Nak Merisik

Ucapannya yang bersahaja membuatkan wanita itu tergelak, tetapi lelaki itu tidak berhenti di situ.

Dia kemudian meminta wanita tersebut menyampaikan salam kepada ibunya serta menyatakan niat untuk “merisik”, seolah-olah berminat untuk menjadikannya pasangan hidup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan reaksi spontan lelaki tersebut dan akui dia lebih manis berkata-kata jika hendak dibandingkan dengan lain.

Namun, dalam masa yang sama mereka turut sedih dan bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan lelaki berkenaan sedang bertugas membuat risikan dalam sesuatu misi.

Sumber: TikTok kunyahan_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd