Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Gara2 ‘Terlalu Cantik’, Pelakon Hong Kong Ditahan Imigresen-“Saya Tak Bernasib Baik”

Pelakon jelita Hong Kong, Gillian Chung memaklumkan dia berhadapan dengan detik cemas apabila dia telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak imigresen di sebuah lapangan terbang di Jerman atas alasan terlalu cantik.

Gillian mendedahkan perkara tersebut ketika dalam sebuah program Promise For You selepas disoal mengenai kejadian yang tidak dapat dilupakan dalam pemikiran ketika bercuti.

 

“Hanya disebabkan saya dan seorang lagi teman perempuan masih muda dan cantik, mereka sangka kami terbabit dengan perkara yang salah di sisi undang-undang,” katanya, lapor agensi.

Namun begitu, pelakon yang berusia 41 tahun itu merahsiakan dengan siapa dia berada ketika kejadian itu sedang berlaku malah, dia juga tidak memaklumkan bila perkara tersebut terjadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, ketika ditahan, Gillian sudah membuat rayuan kepada pihak imigresen tersebut supaya dilepaskan namun, permintaannya itu telah ditolak.

“Ketika itu, saya mengejar pesawat seterusnya, tiada makanan dan tidak ditempatkan dalam bilik. Sebaliknya, saya ditahan… Saya memang tidak bernasib baik,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd