Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gara-gara tak beri RM20, anak tergamak ‘pijak’ kepala ibu

Seorang anak dipercayai menampar, memukul, memijak serta menyepak ibu kandung, dipercayai akibat enggan memberi wang berjumlah RM20 bagi melepaskan gian untuk membeli dadah di Kampung Gual Jedok, Tanah Merah.

Menurut ketua polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, kejadian tersebut dirakam oleh cucu wanita terbabit yang tinggal bersebelahan rumah neneknya.

Tampar, tendang, sepak dan pijak kepala ibu

Menurut laporan Sinar Harian, suspek yang berusia 32 tahun itu tinggal berdua bersama ibunya dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan pintu rumah mereka. Lelaki berkenaan bertindak luar kawalan berpunca daripada keengganan ibunya untuk memberi wang kepadanya.

“Semasa kejadian suspek telah bertindak menarik, menampar, menendang dan memijak kepala mangsa”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek bekas anggota tentera

Menurut ketua polis, suspek merupakan bekas anggota tentera dan pada tahun 2013 dia telah dibuang kerja juga merupakan anak keempat mangsa.

Tambah Mohd Haki lagi, lelaki berkenan adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sering mengamuk meminta wang dari wanita berkenaan.

“Ekoran daripada kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanah Merah”

 

Suspek positif dadah

Siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan mengaku memukul ibunya kerana tidak memberikan wang yang diminta dan setelah ujian air kencing dilakukan,  suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sumber : Sinar Harian

Ditulis oleh

Bismillah, may Allah ease everything

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Lokal

Kes langgar lari melibatkan seorang anggota polis trafik yang cedera baru-baru ini mengejutkan ramai apabila suspek disahkan merupakan seorang Inspektor yang menghidap skizofrenia. Kejadian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd