Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gara-Gara Kandungan Seks AI Tular, Lapan Pelajar Direman Susulan Kes Pergaduhan

Seramai lapan pelajar lelaki diarahkan menjalani tahanan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada dakwaan penyebaran gambar dan video berunsur seksual yang telah disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Memetik laporan Sinar Harian, perintah reman sehingga 17 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin di Mahkamah Majistret Tawau pada Rabu, bagi memberi ruang kepada polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan merusuh menggunakan senjata.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan di mahkamah, pihak polis menerima laporan berkaitan satu video berdurasi 27 saat yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan beberapa pelajar dengan seorang lelaki di sekitar kawasan kedai Batu 5, Jalan Apas.

Dalam insiden tersebut, lelaki terbabit dipercayai menggunakan topi keledar sebagai senjata ketika berlaku kekecohan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikutan kejadian itu, polis menahan kesemua pelajar berusia antara 13 hingga 14 tahun kira-kira jam 3 petang semalam bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati pergaduhan berkenaan dipercayai tercetus selepas berlaku perselisihan berkaitan dakwaan penyebaran gambar dan video berunsur seksual yang telah diubah suai menggunakan teknologi AI.

Kandungan tersebut dipercayai memaparkan wajah dua individu sebelum didakwa tersebar di media sosial, sekali gus mencetuskan ketegangan antara pihak terbabit.

Artikel lain: Kes Gaduh Di Sekolah: Lima Pelajar Dibuang, Tiga Digantung – JPN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, siasatan lanjut polis mendapati tiada sebarang video suntingan AI seperti yang didakwa ditemui di mana-mana platform media sosial setakat ini.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Nasional

Kerajaan memutuskan caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak lagi diwajibkan, sebaliknya dilaksanakan secara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd