Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ganti Manusia, China Dilapor Guna Robot Anjing Dalam Perang

Sama seperti rancangan dystopian Black Mirror, China dilaporkan bakal guna robot berbentuk anjing bersenjatakan senapang untuk tujuan ketenteraan.

Memetik laporan CNN, semasa latihan ketenteraan baru-baru ini di Kemboja, tentera China mempamerkan robot anjing dengan senapang automatik dipasang di belakangnya.

China dilapor guna robot anjing dalam perang

Menurut tentera China, Chen Wei, robot itu bakal menjadi anggota baru dalam misi tempur mereka dan menggantikan manusia dalam beberapa operasi mereka.

“Ia berfungsi sebagai anggota baru dalam operasi tempur kami, menggantikan anggota (manusia) kami untuk menjalankan peninjauan, mengenal pasti musuh dan menyerang sasaran,” katanya.

Sementara itu, dalam satu video yang dibuat semasa latihan ketenteraan itu, ia memaparkan robot anjing itu berjalan, melompat, berbaring dan bergerak ke belakang dengan bantuan alat kawalan jauh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada latihan itu juga, tentera China turut menunjukkan robot itu memimpin unit infantri masuk ke dalam bangunan simulasi.

Pada masa yang sama, mereka juga memaparkan dron udara enam rotor yang dipasang dengan senapang automatik dan menggambarkannya sebagai ‘peralatan pemandu pintar’.

Bagaimanapun, penggunaan robot anjing dan dron udara kecil dalam operasi ketenteraan bukanlah sesuatu yang baru.

Pada tahun lepas, China juga pernah menunjukkan anjing elektronik bersenjatakan senapang dalam latihan ebrsama melibatkan tenteran China, Kemboja, Laos, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, pada tahun 2020 Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) juga telah menggunakan robot anjing sebagai salah satu elemen dalam Advanced Battle Management System (ABMS).

Robot anjing itu menggunakan kecerdasan buatan dan analisi data pantas untuk mengesan dan menentang ancaman terhadap aset ketenteraan AS.

Sumber: CNN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd