Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Lembah Klang 5-7 Jun Ini

Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.

Menerusi akaun Facebook Air Selangor memaklumkan gangguan itu berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang bermula 9 pagi hingga 7 malam pada 5 Jun.

Foto: Ringgit Plus

Namun begitu, pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula pada 3 pagi, 6 Jun setelah kerja-kerja berkenaan siap dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 20 peratus pada 3 petang, 6 Jun diikuti dengan 90 peratus pada 3 pagi, 7 Jun.
“Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada 12 tengah hari, 7 Jun,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

https://www.facebook.com/airselangor/posts/pfbid02mXJREYcZtmm84XTrBVYhBgxYz2mXDvftuLLTtVotgF2LzXiW1TnUUDJz1tPusHcEl

Dalam pada itu, Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Hal ini rentetan daripada tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan di kawasan yang terjejas berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Foto sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Justeru, Air Selangor ingin menasihatkan pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di kawasan yang terjejas dengan menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estet (Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (Sepang), serta Taman Banting Baru (Kuala Langat),” ujarnya.

Berhubung dengan itu, pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Sumber: Facebook Air Selangor

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon jasa baik Malaysia menyampaikan pendirian mereka buat negara-negara Islam...

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd