Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Gaji Rendah, Sikap Antara Faktor Polis Terlibat Rasuah – KPN

Ketua Polis Negara Razaruddin Husain tidak menafikan gaji yang rendah dan sikap individu menjadi antara faktor menyebabkan seseorang pegawai atau anggota polis terlibat dengan rasuah.

“Memang saya akui, gaji itu merupakan satu daripada faktor. Saya ambil indikator begini gaji konstabel termasuk elaun RM2,500 menetap di Kuala Lumpur, beliau (dikategorikan) miskin bandar, tetapi, kalau duduk di Kuala Nerang (Kedah), Besut (Terengganu) dan Kinabatangan atau Beluran (Sabah) gaji itu banyak, itu antara satu faktor yang perlu dilihat.
“Kalau dibandingkan dengan Singapura, tiada rasuah sebab gaji kecil kerana negaranya kecil. Kita sendiri ada 137,000 personel dan akan bertambah pada tahun ini dengan kemasukan 4,000 lagi (pegawai dan anggota polis),” katanya kepada pemberita selepas program Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, dalam kes-kes rasuah membabitkan golongan berpendapatan tinggi, ia berpunca daripada sikap individu.

“Kita juga biasa dengan berita apabila ada pengarah syarikat dan agensi pun ditangkap. Adakah gaji mereka sedikit? Perkara ini lebih kepada sikap seseorang itu,” tegasnya.

Dalam pada itu, Razaruddin berkata, mana-mana pihak boleh membuat laporan terhadap dirinya sekiranya beliau melanggar undang-undang atau peraturan.

“Masyarakat mempunyai hak dari segi undang-undang dan perlembagaan dalam menyalurkan maklumat atau membuat laporan terhadap mana-mana polis di negara ini.
“Sekiranya, saya langgar undang-undang dan tidak ikut peraturan, laporkan disebabkan saya pun polis,” katanya.
“Kita memang terbuka dan mengalu-alukan masyarakat di seluruh negara beri maklumat dan laporkan supaya siasatan adil dapat dijalankan. Mana-mana pegawai dan anggota terlibat, kita akan tuduh di mahkamah,” katanya.

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Bisnes

Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan model hibrid plug-in pertamanya, Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus menandakan langkah strategik jenama nasional itu dalam...

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd