Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gaji Berkurang Kerana Berjudi, Polis Wanita Nekad Bakar Suami Sehingga Maut

Seorang polis wanita di Indonesia dilaporkan bertindak membakar suaminya yang juga merupakan anggota polis sehingga meninggal dunia kerana didakwa gemar menghabiskan duit untuk berjudi secara dalam talian.

Memetik laporan CNN Indonesia, suspek bertindak membakar suaminya, Rian Dwi Wicaksono kerana duit gaji yang seharusnya digunakan untuk membiayai tiga orang anak mereka dihabiskan dengan berjudi.

Foto: Media Sosial

Berdasarkan siasatan pihak berkuasa, terdapat perselisihan faham sebelum kejadian dimana suspek bertanyakan tentang hala tuju gaji suaminya itu memandangkan dia mendapati bakinya hanya tinggal 800 ribu rupiah (RM231.71) sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, sebelum berlaku pertengkaran, suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan telah membeli minyak petrol serta mengugut suaminya bahawa dia akan membakar anak-anak jika Rian tidak pulang ke rumah.

Foto: Procal.co

Difahamkan, kesan daripada kejadian ini, mangsa yang berusia 27 tahun telah mengalami cedera parah dengan 96 peratus tahap kelecuran pada badan mangsa.

Meskipun mangsa sempat dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun dia akhirnya disahkan meninggal dunia pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bangjo.co

Susulan itu, pihak berkuasa masih meneruskan siasatan walaupun suspek telah didakwa atas pertuduhan keganasan rumah tangga (KDRT).

Namun begitu, terdapat juga sumber lain yang melaporkan bahawa suspek kini berada dalam keadaan trauma dan sedang dirawat di pusat psikiatri.

Sumber: CNN Indonesia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd