Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Gadis Ditemukan Tertanam Tanpa Pakaian, Video Sebelum Hilang Tular Di Media Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari kemudian.

Menerusi satu hantaran di TikTok, akaun Willyazza telah memuat naik video memaparkan Nia Kurnia yang sedang berjualan makanan goreng melintasi rumah mereka.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki yang sedang mendukung bayi dan suara Nia Kurnia boleh didengari sedang menjual hidangannya.

Kali terakhir Nia Kurnia Sari dilihat orang kampung

@willyazza

momen terakhir almarhum Nia Kurnia Sari terpantau kamera lewat di halaman rumah menjajakan jualan ny saat saya bermain sama cucu saya,M.Fatih Alfarizi

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ suara asli – willyazza

Tidak lama kemudian, Nia Kurnia kemudian memasuki rakaman tersebut sambil membawa bekas yang mengandungi hidangan yang dia jual beserta payung.

Lelaki yang sedang mendukung anaknya itu sempat bertukar senyuman bersama Nia Kurnia dan gadis tersebut juga sempat memandang individu yang mengambil rakaman itu sebelum gadis itu berlalu pergi dari kawasan tersebut.

Sebelum ini, Nia Kurnia dilaporkan hilang sejak Jumaat dan mayatnya ditemui dua hari kemudian pada Ahad dalam keadaan yang menyayat hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: YouTuber Mukbang Sengaja Naikkan Berat Badan, Beri Kejutan Sudah Kurus

Berdasarkan pemeriksaan, Nia Kurnia dipercayai maut dibunuh susulan jasadnya ditemui ditanam di kawasan kebun tanpa memakai seurat benang disamping turut diikat menggunakan tali rafia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Padang Pariaman, Inspektor AA Reggy berkata, proses siasatan diteruskan sejak mayat mangsa ditemui dalam keadaan berbogel.

“Sejak mangsa ditemui, kami telah bekerjasama dengan pasukan Inafi di lokasi kejadian untuk mengumpul bukti yang ada,” katanya.

Proses bedah siasat telah selesai, tetapi penyiasat masih belum dapat mendedahkan keputusannya dan beberapa saksi turut disoal siasat, daripada keluarga sehinggalah penduduk yang pernah bertemu mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Buat masa sekarang, kami belum dapat menamakan suspek dalam kes ini. Sehingga kini, kita masih menjalankan siasatan mendalam dan berdasarkan keterangan saksi serta fakta lapangan,” ujarnya.

Nia Kurnia Sari

Sebelum ini, Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik BPBD Padang Pariaman, Efendi menjelaskan, salah seorang penduduk pernah melihat mangsa pada Jumaat petang, namun sehingga pukul 8 malam, mangsa masih belum pulang.

Selepas pencarian dilakukan, sebuah kubur ditemui tidak jauh dari lokasi terakhir mangsa dilihat dan sekeliling kubur terdapat beberapa barangan mangsa seperti pakaian, tudung, makanan bergoreng dan peralatan menjual.

Sumber: Tribunnews, TikTok Willyazza

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd