Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gadis Ditemukan Maut Dalam Kereta, Dipercayai Terhidu Gas Monoksida Di Stesen Minyak

Seorang gadis berusia 20 tahun, Fatin Eiram Bariah Muhamad Sobri  ditemukan maut di dalam sebuah kereta jenis Myvi.

Kes kematian dipercayai akibat keracunan gas monoksida ketika bersama rakan lelaki di sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan, Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dalam kereta tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah ke atas mangsa. Malah, hasil bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati kematian mangsa berpunca daripada keracunan monoksida.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, rakan lelaki mangsa yang juga berusia 20 tahun masih menerima rawatan di HRPZ II.

Ibu kepada mangsa mendedahkan anaknya itu sempat memeluk dan menciumnya sebelum keluar rumah menaiki kereta.

Katanya lagi, arwah yang merupakan anak sulung daripada enam beradik keluar rumah pada jam 6.45 pagi semalam untuk ke pusat pengajian dan pulang ke rumah sewanya di Kok Lanas.

Ujarnya, tiada sebarang kelakuan pelik yang ditunjukkan oleh arwah anaknya yang pulang bercuti di rumah sejak hari Khamis lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Arwah peluk, cium saya seperti biasa dan meminta wang belanja sebelum keluar rumah menaiki kereta Perodua Myvi,”katanya.

Rohana berkata, kali terakhir mereka berhubung adalah melalui kumpulan WhatsApp keluarga iaitu kira-kira 6.17 petang semalam.

Mereka juga sempat berbincang mengenai persiapan baju raya. Selepas itu, dia dikejutkan dengan panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 10.45 malam.

Artikel lain: Tanpa Berpakaian, Pasangan Kekasih Ditemui Maut Dalam Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd