Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gadis Curi Kad ATM Beli Telefon Bimbit Berjenama Telah Berjaya Diberkas Polis

Sebelum ini, tular di laman sosial seorang gadis yang didakwa mencuri kad ATM dan menggunakan wang rakan sendiri untuk membeli telefon bimbit berjenama telah berjaya diberkas pihak berkuasa.

Menurut laporan Berita Harian, suspek yang berjaya ditahan pada Jumaat lalu itu telah menghilang diri sejak 23 Mac lalu selepas melakukan kegiatan tidak bertanggungjawab termasuklah membeli pelbagai barangan keperluan yang lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang memaklumkan duit dalam akaunnya berkurangnya sehingga mencecah RM8,200.

“Siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mendapati transaksi ini bermula pada 23 Mac secara berperingkat.
“Siasatan kemudiannya dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997, sehinggalah pihak polis berjaya menjejaki identiti suspek,” katanya.

Difahamkan, suspek yang berusia 21 tahun itu diberkas pada jam 12.25 tengah malam di sebuah premis di Pandan Perdana, Ampang Jaya, minggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek berumur 21 tahun itu diberkas kira-kira jam 12.25 tengah malam.
“Dalam serbuan itu pihak polis merampas sekeping kad ATM milik mangsa dan sebuah telefon bimbit berjenama yang dipercayai dibeli menggunakan transaksi akaun bank mangsa,” jelasnya lagi.

Sejak semalam, kecoh di media sosial seorang gadis mendakwa dia telah menjadi mangsa rakannya sendiri dimana kad ATM telah dicuri dan digunakan untuk membeli telefon bimbit berjenama.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd