Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fourkay Sdn Bhd Diiktiraf Sebagai Syarikat Pembelian Emas Gadaian Patuh Syariah Pertama Di Malaysia

Syarikat peneraju dalam perniagaan pembelian emas gadaian dan emas terpakai, Fourkay Sdn Bhd menerima Sijil Pematuhan Syariah daripada Elzar Shariah Solution and Advisory yang diketuai oleh pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Fourkay Sdn Bhd sekali gus mencipta sejarah baharu sebagai syarikat pembelian emas gadaian pertama di Malaysia selepas melalui proses semakan, penambahbaikan terhadap proses dan kontrak dilaksanakan.

Fourkay Sdn Bhd diiktiraf

Fourkay Sdn Bhd

Ketua Pegawai Eksekutif Fourkay, Mohamad Sanusi Mohd Isa berkata, pengiktirafan itu bukan sahaja memperkukuhkan kepercayaan pelanggan malah memperlihatkan usaha berterusan pihaknya dalam memastikan setiap aspek pengurusan dalam perniagaan adalah telus, berintegriti serta mematuhi prinsip syariah.

“Menyedari bahawa sebahagian besar masyarakat Malaysia masih kurang memahami peluang menjana keuntungan melalui penjualan emas gadaian atau juga dikenali sebagai pembelian surat gadaian sebelum ini, Fourkay ditubuhkan dengan matlamat untuk menyediakan penyelesaian patuh syariah yang efektif serta membantu individu dan komuniti memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Fourkay Sdn Bhd

Artikel lain: Tak Cukup Duit Ganti Pemadam Baru, Budak 9 Tahun ‘Gadaikan’ Diri Untuk Lunaskan Hutang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai risiko dalam urusan penjualan emas gadaian, termasuk ancaman penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab serta isu keselamatan yang timbul apabila berurusan dengan entiti tidak berdaftar atau memiliki kredibiliti sebagai syarikat yang sah.

“Kami komited untuk memberikan bantuan kepada semua masyarakat atau individu yang ingin menjalani proses penjualan emas gadaian dan emas terpakai yang dijamin selamat, pantas dan telus,” ujarnya.

Untuk makluman, Fourkay yang beroperasi di Southville City, Dengkil telah berjaya membantu lebih daripada 10,000 pelanggan di seluruh negara ini.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Fourkay, layari laman web di www.fourkaygold.com atau hubungi talian +60182805567.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd