Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Foto Cium Dahi Tular, V Jalin Hubungan Cinta Bersama Jennie?

Kecoh di media sosial apabila gambar mesra penyanyi terkenal dari Korea Selatan, Jennie Balckpink dan V Bangtan Boy (BTS) telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.

Difahamkan, beberapa foto romantik termasuklah gambar  V yang mencium dahi Jennie mula tular di laman Twitter selepas dimuat naik oleh pengguna @gurumiharibo.

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, perkara tersebut telah mengundang pelbagai reaksi ramai mengenai status kedua-dua bintang terkenal selepas ia menjadi bualan ramai di media sosial.

Bukan itu sahaja, para peminat juga meluahkan rasa bimbang dan mendakwa iCloud milik Jennie telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Malah, ekoran dengan kejadian itu, nama Jennie dan V telah menjadi trending dan para peminat turut melancarkan kempen Protect Jennie bagi melindungi serta menuntut keadilan ekoran gambar peribadinya tular di media sosial.

Tidak cukup dengan mengadakan kempen, peminat mereka juga mendesak syarikat pengurusan YG Entertainment dan Big Hit Music mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjernihkan keadaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Nor Eryani Yusup)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd