Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fokus Tiga Teras Utama, Zambry Komited Teruskan Agenda KPT

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memfokuskan tiga teras utama dalam dasar institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu golongan mahasiswa, tenaga pengajar dan pentadbir.

Zambry komited teruskan agenda KPT

Zambry berkata, ketiga-tiga teras itu penting dalam memastikan dasar pendidikan tinggi ke peringkat lebih baik seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Ada tiga kelompok teras utama, pertama mahasiswa, kedua ialah tenaga pengajar dan ketiga ialah pentadbir. Jadi ada tiga komponen mustahak yang perlu kita lihat.
“Kita berada dalam konteks kerajaan yang sama, Mohamed Khaled sudah meletakkan landasan yang baik sepanjang setahun sebagai menteri sebelum ini dan tentunya saya akan meneruskan agenda yang digagaskan bersama,” katanya.

Zambry komited teruskan agenda KPT

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menghadiri sesi ‘clock in’ bersama timbalannya Datuk Mustapha Sakmud di lobi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya hari ini.

Artikel lain: Mustapha Sakmud Umum 10 Fokus Utama Di KPT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, beliau komited meneruskan agenda KPT bersama kementerian selepas diberi mandat oleh Perdana Menteri.

“Saya akan melakukan yang terbaik bersama pasukan dalam melaksanakan misi besar pendidikan tinggi negara yang sudah disusun gariskan, sebagai pelanjut, penerus kepada dasar yang sudah digagaskan.
“Saya akan laksanakan bersama timbalan menteri dan pasukan untuk membawa Malaysia berada di persada antarabangsa dengan dasar pendidikan yang baik, memenuhi tuntutan semasa dan pada masa sama menyeimbangkan pembangunan material, moral dan kerohanian,” ujarnya.

Zambry komited teruskan agenda KPT

Terdahulu, beliau dilantik mengetuai portfolio KPT daripada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dilantik menerajui Kementerian Pertahanan.

Pada Selasa, Anwar mengumumkan rombakan kabinet di bawah Kerajaan MADANI dengan menyaksikan beberapa pertukaran portfolio menteri dan timbalan menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd