Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Finas Diminta Teliti Skim Wajib Tayang Bagi Tingkat Kualiti Filem Tempatan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) diminta untuk teliti dan mengkaji penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap skim wajib tayang bagi meningkatkan kualiti penghasilan filem tempatan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka sekadar cukup syarat.

Finas diminta teliti skim wajib tayang

Artikel lain: Sentuh Sensitiviti Umat Islam, FINAS Arah GSC Tukar Poster Filem Sijjin

“Ini tidak begitu baik untuk ekosistem filem dalam negara kita. Maka saya telah minta pihak FINAS untuk meneliti dan mengkaji semula skim wajib tayang antara lain melihat dua perkara, satu adalah proses pembikinan skrip filem itu sendiri untuk memastikan naskah yang disediakan sebelum produksi adalah berkualiti tinggi.
“Kedua adalah aspek pemasaran. Kalau kita lihat filem-filem yang tidak berjaya mendapat pecah panggung, ia antara lain disebabkan kurang membuat pemasaran dan hanya mengharapkan skim wajib tayang. Jadi di sini saya minta juga FINAS  untuk meneliti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra bersama pengusaha-pengusaha pawagam di sini, malam ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fahmi berkata pihaknya mengharapkan lebih banyak filem-filem tempatan akan dapat menembusi pasaran luar negara terutamanya negara-negara ASEAN lebih-lebih lagi di kala Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan dan juga menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Hasrat saya adalah untuk menghasilkan lebih banyak filem Malaysia yang bukan hanya dapat tayang di Malaysia tetapi juga boleh dibawa ke luar. Dan semestinya kita utamakan ASEAN.
“Pawagam di Malaysia memainkan peranan yang cukup penting sebagai tempat pertama filem kita ditayangkan sebelum ia dibawa ke pasaran lain,” katanya.

Sementara itu, FINAS dalam satu kenyataan memaklumkan Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra ini dianjurkan bersama Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) sebagai satu inisiatif menyokong perkembangan industri pawagam negara serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan pemain industri.

Menurut FINAS, sesi interaktif ini antara lain membincangkan isu yang dihadapi pihak pawagam, termasuk cabaran semasa yang memerlukan penyelesaian segera.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd