Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Vina: Sebelum 7 Hari Papar Kisah Sebenar, Tuntut Keadilan Buat Mangsa

Filem Vina: Sebelum 7 Hari berjaya mendapat sambutan yang meluas apabila meraih 4 juta tontonan setelah 12 hari ditayangkan di Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram syarikat produksi sendiri, Dee Company pada hari ini. Susulan itu, orang ramai dilihat semakin teruja dan memberi sokongan yang jitu buat filem tersebut.

Menerusi siaran yang sama, filem yang menjadikan Nayla Denny Purnama sebagai pelakon utama itu menulis dengan kapsyen ‘Sampai hari ke 12 sudah 4.592.451 orang ingin membela keadilan Almarhumah Vina’.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by DEE Company (@deecompany_official)

Sekadar makluman, filem yang baru sahaja ditayangkan pada 8 Mei 2024 yang lalu ini telah menarik perhatian ramai penonton kerana mengisahkan tentang kisah benar Vina, seorang gadis dari Cirebon, Jawa Barat yang menjadi mangsa kezaliman ahli geng motor.

Memetik artikel Berita Satu, lokasi dimana Vina dipukul dan tempat mayat ditemui adalah lokasi asal tempat kejadian pembunuhan. Perkara itu diberitahu oleh Dheeraj Kalwani sebagai penerbit filem, mendedahkan bahawa 80% daripada lokasi penggambaran adalah lokasi asal di mana Vina dibunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di penghujung filem, terdapat siaran rakaman asal Vina menangis apabila merasuki sahabat baiknya, Linda. Rakaman ini menjadi bukti kukuh untuk menangkap 11 pelaku keganasan dan rogol yang dialami Vina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harapan untuk menangkap tiga lagi pelaku masih menjadi misteri, namun keluarga mangsa telah mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan penjelasan dari pihak atas. Walaupun begitu, sehingga kini tiga lagi pelaku masih belum ditahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat yang lain seperti Pritt Timothy, Nayla D. Purnama, Gisellma Firmansyah, Lydia Kandou dan Delia Husein.

Sumber: Instagram @deecompany_official, Berita Satu

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd