Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Memoir Seorang Guru Punyai Mesej Besar, Jentik Hati Rosyam Noor Sehingga Menangis

Membawakan watak utama sebagai Cikgu Sunan dalam filem adaptasi novel bertajuk Memoir Seorang Guru, pelakon hebat Rosyam Noor mengakui berdepan dengan cabaran besar untuk menghidupkan watak berkenaan.

Memetik artikel Sinar Harian, Rosyam memberitahu watak yang dilakonkannya terlalu sukar dan memerlukan perasaan sedih yang berbeza, ia tak dipaksa namun kesedihannya terlalu dalam.

“Saya tak melihat saya (sebagai Rosyam Nor) dalam tu sebaliknya saya lihat Cikgu Sunan. Selepas suku yang pertama, air mata asyik meleleh saja, walaupun scene tu hanya bercakap tapi dialognya menyentap,” katanya.

Foto: Instagram @filemmemoireseorangguru

Dalam pada itu, Rosyam berpendapat populariti novel karya penulis terkenal Allahyarham Azizi Abdullah turut menambah tekanan sebagai teraju utama selain cabaran untuk mengekalkan graf lakonan sepanjang penggambaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika ditanya tentang babak yang paling menyentap jiwa secara peribadi, pelakon berusia 57 tahun itu merujuk kepada babak Cikgu Sunan membuang semua ego dan memohon kemaafan daripada anak muridnya.

“Ini novel terkenal dan pernah menjadi bahan sastera pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) suatu ketika dahulu, serta ada pengikutnya. Kalau saya gagal, ‘habis’ kerjaya saya, setiap babak dalam filem tu mencabar saya,” ujarnya lagi.

Foto: Instagram @filemmemoireseorangguru

Untuk makluman, filem arahan Kyoll Hamzah ini mengisahkan mengenai Cikgu Sunan yang menentang keras anak perempuannya Kamariah meneruskan cita-citanya untuk menjadi guru kerana tidak mahu perkara yang membelenggunya sehingga bersara terjadi kepada anak kesayangannya.

Konflik dalaman dan kekeliruan sepanjang bergelar pendidik menyebabkan Cikgu Sunan berasa berat hati untuk membenarkan Kamariah mengikut jejak langkahnya. Sebenarnya dia bukan menghalang Kamariah untuk menjadi seorang guru tetapi dia bimbang jika sikap buruknya ketika mendidik juga menjangkiti anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, filem yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 30 Mei ini turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Nabila Huda, Johan As’ari, Trisha Ooi, Hariz Hamdan, Zul Huzaimy, Jesse Lim dan Ellie Suriaty Omar.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Nasional

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang, Ruby Adira Batreisya, 17, yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd