Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Komedi Paling Berat Abad Ini, Pontianak 200KG Temui Penonton Bermula Esok

Filem baharu hasil kerjasama Primeworks Studios dan Metrowealth, Pontianak 200KG akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok, 5 September 2024.

Filem itu merupakan kesinambungan daripada telefilem yang mendapat sambutan luar biasa, Pontianak 100KG yang juga menjadi pilihan nombor satu di platform penstriman Tonton.

Pengarahnya, Shuhaimi Lua berkata, beliau berbesar hati dapat bekerjasama dengan kedua-dua produksi besar itu dan menganggap filem tersebut sebagai penanda aras untuk terus menghasilkan pelbagai karya yang memberi manfaat.

“Alhamdulillah, filem Pontianak 200KG merupakan permulaan bagi saya dan saya bersyukur telah diberikan kepercayaan oleh Primeworks Studios dan Metrowealth kerana memilih saya sebagai pengarah filem ini.
“Filem Pontianak 200KG merupakan sebuah filem penanda aras buat saya untuk terus mengarah filem yang memberi hiburan dan
manfaat kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis tayangan perdana filem Pontianak 200KG yang berlangsung di Dadi Pavilion, Kuala Lumpur semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, penerbitnya David Teo berkata, filem tersebut merupakan bukti komitmen mereka untuk terus menghasilkan naskah berkualiti dan berharap akan menerima sambutan yang hebat.

“Filem ini adalah bukti komitmen kami untuk terus menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang sesuai untuk seisi keluarga.
“Kami berharap Pontianak 200KG akan mendapat sambutan hangat , seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan filem komedi seram dalam industri perfileman tempatan,” ujarnya.

Filem berkenaan menampilkan Aya Amiruddin sebagai watak utama, disokong oleh barisan pelakon hebat seperti Ziana Zain, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad dan ramai lagi.

Pontianak 200KG mengisahkan pergolakan berlaku di Kampung Terbalik, apabila dua pontianak yang dilanda kelaparan mengganggu ketenteraman penduduk sekali gus mencetuskan pelbagai situasi mencabar norma masyarakat.

Proses penggambaran telah dijalankan secara menyeluruh di kawasan Ijok, dengan pendekatan menggabungkan elemen komedi dan seram untuk menghasilkan karya yang unik dengan tagline ‘FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Nasional

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal menganjurkan Sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 pada 8 Februari di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Sambutan berkenaan bertujuan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd