Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem ‘GOLD’ Inspirasi Cheah Liek Hou Raih Pingat Emas Paralimpik 2020 Di Pawagam

Pemain badminton negara Cheah Liek Hou yang berjaya merangkul pingat emas di Paralimpik 2020 menjadi inspirasi kepada pembuatan filem ‘GOLD’ yang akan ditayangkan di pawagam pada 4 Julai ini.

Menurut laporan Sukanz.com, Astro Shaw selaku penerbit filem tersebut berkongsikan perkembangan itu menerusi satu poster yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya.

Foto: Google

“Diarahkan oleh Adrian Teh menerusi syarikat produksinya, Act 2 Pictures, filem ini menampilkan pelakon, Jack Tan dan Farid Kamil selaku Liek Hou dan Datuk Rashid Sidek masing-masing.
“Filem ini membingkiskan karier badminton Liek Hou sejak dari permulaan, luar biasa prestasinya, sehinggalah dia menghidapi kebas saraf brakial dan terpaksa meneruskan karier dalam saingan badminton para kategori SU5 (physical impairment),” katanya.

Filem ini juga akan dibintangi oleh Yasmin Hani (isteri Rashid), Wan Raja (ibu Rashid), Fabian Loon (Guan Teng), Freddie Ng (bapa Liek Hou), Lynn Lim (ibu Liek Hou) dan Daniel Cheah (Ah Fat).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Sukanz.com

Untuk makluman, Cheah Liek Hou merupakan pemenang 11 kali Kejohanan Badminton Para Dunia BWF (untuk kategori SU5 dan beregu lelaki) dan pemenang pingat emas dalam acara SU5 perseorangan lelaki pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 yang menjadikannya dia sebagai atlet Malaysia pertama yang mendapat pingat dan menjuarainya dalam sukan badminton, dan juga juara Paralimpik pertama dalam sukan badminton.

Sumber: Sukanz.com (Hafizuddin Omar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd