Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem ‘Badarawuhi Di Desa Penari’ Capai 2 Juta Penonton Dalam 6 Hari

‘Badarawuhi di Desa Penari’ berjaya mencecah dua juta penonton pada hari ke-6 tayangan sekali gus meneruskan pencapaian mengagumkan filem itu sejak ditayangkan di pawagam bermula pada 11 April 2024.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial, MD Entertainment memaklumkan bahawa lebih 2,000,000 orang menyaksikan ‘tarian dawuh’ pada hari ke-6 siaran.

View this post on Instagram

A post shared by Badarawuhi di Desa Penari (@kknmovie)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan CCN Indonesia, perolehan ‘Badarawuhi di Desa Penari’ masih meningkat sejak ditayangkan di pawagam bermula musim cuti Aidilfitri 2024 apabila mendapat sebanyak 344,507 penonton pada hari pertama tayangan.

Dalam pada itu, filem tersebut kemudiannya mendapat 1,031,707 tontontan pada hari ketiga tayangan dan meningkat kepada 1.6 juta penonton pada hari kelima di pawagam Indonesia.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Badarawuhi di Desa Penari (@kknmovie)

Pencapaian ini menjadikan filem arahan Kimo Stamboel, ‘Badarawuhi di Desa Penari’ sebagai filem kedua menerima dua juta penonton pada 2024 mengikut jejak langkah Agak Laen yang menjadi filem pertama yang meraih dua juta tontonan tahun ini.

Untuk rekod, ‘Badarawuhi di Desa Penari’ merupakan prekuel kepada KKN di Desa Penari, mengisahkan Mila (Maudy Effrosina), Yuda (Jourdy Pranata), Jito (M. Iqbal Sulaiman), dan Roy (Ardit Erwandha) yang melawat sebuah kampung dikenali sebagai Desa Penari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tujuan kedatangan Mila adalah untuk mengetahui tentang gambaran seorang penari yang cantik. Namun, rupa-rupanya kedatangan Mila telah dinanti-nantikan oleh penari tersebut yang dikenali sebagai Badarawuhi (Aulia Sarah).

Sumber: CNN Indonesia, Instagram @kknmovie

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Dunia

Tentera Israel didakwa bertindak kejam terhadap peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang kini ditahan di Penjara Ktziot termasuk penggunaan senjata perenjat elektrik (taser)...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sosial

  Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dikenali sebagai Azlan mencuri perhatian selepas memilih untuk menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada pihak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd