Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem A Legend, Karya Berani Jackie Chan Mula Tayang Hari Ini

Filem berjudul ‘A Legend’, naskhah terbaru bintang legenda Hong Kong, Jackie Chan bakal menemui penonton di pawagam bermula 1 Ogos.

Memetik laporan mStar, Jackie Chan, bintang yang cukup terkenal dengan aksi dan seni bela diri memukau terus menerus mengegarkan industri filem.

‘A Legend’ merupakan sekuel filem The Myth yang diterbitkan pada 2005 itu bakal menyajikan karya ‘berani mati’ daripada Jackie Chan apabila menampilkan aksi seni bela diri lebih mencabar dan menarik untuk ditonton.

Bukan sahaja itu, unsur pengembaraan dan fantasi yang diselitkan dalam filem ini turut dilihat berpotensi menjadi antara naskhah terbaik tahun ini kerana ia menampilkan kelainan berbanding filem aksi lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika dibandingkan dengan beberapa filem aksi lain yang pernah dijayakan Jackie Chan, A Legend tidak boleh dinafikan kehebatannya kerana ia menampilkan sisi berbeza aktor berusia 70 tahun itu.

Rata-rata penonton di negara itu memuji naskhah berkenaan selepas terpukau dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) diketengahkan yang menjadikan wajah Jackie Chan kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.

A Legend yang menerima sentuhan magis daripada pengarah The Myth iaitu Stanley Tong berkisar Profesor Fang lakonan Jackie Chan iaitu seorang pakar arkeologi.

Profesor Fang menyedari bahawa tekstur pada artifak yang ditemui oleh pelajarnya semasa ekspedisi Glasier sangat mirip dengan loket jed yang pernah dilihat dalam mimpinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Loket itu menghubungkan alam mimpi dengaan realiti, dan dengan penuh rasa ingin tahu, Profesor Fang mengetuai pasukan penyelidik dalam perjalanan jauh ke Kuil Glasier untuk mencari kebenaran di sebalik impiannya.

Filem berbahasa Kantonis dan Mandarin itu juga membariskan pelakon handalan lain seperti Lay Zhang, Na Zha, Aarif Lee, Li Chen, Peng Xiaoran serta Zheng Yecheng yang menjadikan naskhah itu lebih memberi impak dalam pelbagai aspek.

A Legend telah pun ditayangkan secara rasmi di China pada 12 Julai lalu dan filem ini meraih pelbagai maklum balas positif daripada penonton yang terpukau dengan aksi serta lakonan Jackie Chan.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa jutaan nyawa berjaya diselamatkan selepas beliau menandatangani pelan damai antara Thailand dan Kemboja ketika berada di Malaysia....

Dunia

Usaha Malaysia memudah cara rundingan damai antara Thailand dan Kemboja mendapat perhatian meluas apabila ribuan rakyat Kemboja membanjiri laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk...

Dunia

Tular di media sosial, video Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menari semasa lawatan beliau ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencuri perhatian dunia...

Sosial

Kegembiraan seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru diraikan atas pencapaiannya menerima Anugerah Mualaf 2025 bertukar pilu apabila beliau meninggal dunia hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd