Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

FENIX360 Bantu Artis Tingkatkan Pendapatan, Beri Keuntungan Adil

Melihat kepada proses pembayaran berat sebelah kepada pencipta kandungan dan artis, FENIX360 Pte Ltd telah mewujudkan satu aplikasi, FENIX360 untuk bantu artis tingkatkan pendapatan mereka.

Menurut Ketua Eksekutif Asia Pasifik FENIX360, Sandy Monteiro, terdapat ramai artis yang perlu menunggu lama sehingga tujuh bulan untuk mendapatkan bayaran daripada kandungan dimuat naik dalam platform tertentu.

“Kami di FENIX360 faham akan situasi ini dan mahu memberikan keuntungan yang adil kepada artis. Di platform tertentu, artis mungkin hanya memperoleh bayaran tiga bulan selepas lagu di muat naik.
“Jika mereka melalui pihak ketiga seperti label atau syarikat rakaman, jumlah yang mereka peroleh akan semakin kecil dan bayaran juga semakin lambat bergantung kepada kontrak.
“Jika artis diuruskan oleh pihak label, kami akan pastikan bayaran termasuk serentak tanya perlu menunggu pengesahan daripada syarikat naungan anda terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengguna FENIX360 boleh memilih antara dua kategori semasa pendaftaran di aplikasi ini iaitu ‘artis’ ataupun ‘peminat’.

Apa yang menariknya, individu yang mendaftar sebagai ‘artis’ boleh memberi serta menerima wang daripada platform ini, manakala individu yang mendaftar sebagai ‘peminat’ hanya boleh menerima wang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Sandy, FENIX360 tidak meletakkan apa-apa syarat untuk seseorang memilih kategori artis dan ianya tidak terhad kepada penyanyi semata-mata.

“Kami tidak meletakkan apa-apa syarat untuk seseorang memilih kategori ‘artis’. Jika mereka rasa layak bergelar artis, silakan. Ia tidak terhad kepada penyanyi semata-mata.

FENIX360 bantu artis tingkatkan pendapatan

“Bagi yang memilih kategori peminat pula, mereka bebas untuk menukar kategori pada bila-bila masa. Melalui FENIX360, kami menyasarkan untuk membayar sekurang-kurangnya 500USD setiap bulan kepada pengguna khususnya golongan artis,” ujarnya.

Pada 21 Januari lalu, FENIX360 telah melancarkan aplikasinya menerusi konsert FENIX360 Live di Malaysia di Jiospace, Petaling Jaya.

Pelancaran tersebut turut menampilkan artis popular tanah air seperti Insomniacks, MASDO, Noh Salleh, MYO (Jemson), Leaism, The Frankie Sixes dan DJ Jemput Dengar.

FENIX360 juga dilancarkan menerusi di beberapa buah negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Singapura yang mana ia turut menampilkan artis popular negara masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi FENIX360 sekarang dan sokong artis kesayangan anda dan pada masa yang sama, rasai faedah aplikasi ini.

FENIX360 kini boleh didapati di fenix360.com atau di platform iOS atau Android secara global!

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Dunia

Seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi warganegara Singapura dan bekerja sebagai pemandu kenderaan persendirian (PHV) meluahkan rasa menyesal apabila dikatakan terpaksa bekerja selagi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd