Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

‘Fans’ Kelab Bolasepak Celtic Tak Hirau Larangan, Kibar Bendera Palestin Dalam Stadium

Kelab bolasepak Celtic mungkin akan dikenakan satu lagi tindakan tatatertib dari UEFA selepas penyokongnya membawa bendera negara Paelstin stadium dan mengibarkannya.

Kibar bendera sewaktu pasukan menentang Atletico Madrid

Memetik laporan dari Mail Online, penyokong Celtic telah mengibarkan bendera tersebut sewaktu pasukan sedang menetang kelab  Atletico Madrid.

Difahamkan, sebelum perlawanan tersebut, kelab bola sepak Celtic telah mengeluarkan kenyataan supaya penyokong  fokus untuk menyokong perjuangan kelab tersebut dalam aksi Liga Juara-Juara berbanding isu lain yang sedang beredar.

Penyokong Kelab bolasepak Celtic edar bendera dalam stadium

Perkara itu susulan Ultras pasukan Celtic iaitu Green Brigade menaikkan sepanduk pro-Palestin pada perlawanan menentang pasukan Kilmarnock dalam aksi Liga Perdana pada 7 Oktober lalu.

Menerusi kejadian tersebut, sebahagian besar penyokong telah bertindak mengibarkan bendera Palestin selepas Green Brigade memaklumkan bendera akan diedarkan di luar stadium.

Disebabkan itu, berkemungkinan besar bahawa juara Scotland akan didenda badan induk Eropah buat kali ketiga berkait dengan insiden tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelab bolasepak Celtic didenda UEFA

Untuk rekod, UEFA pernah mendenda kelab itu sebanyak £16,000 iaitu RM92,600 selepas penyokong mengibarkan bendera Palestin sewaktu perlawanan menentang KR Rejkjavik pada 2014. 

Selang dua tahun dari kejadian berkenaan, Green Brigade sekali lagi bertindak mempamerkan bendera Palestin dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara menentang pasukan daripada Israel yang bernama Hapoel Be’er-Sheva.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keluar kenyataan mengapa larang bawa bendera

Celtic dilaporkan telah membatalkan tiket Green Brigade bagi menghadiri perlawakan berdepan pasukan Hearts akan datang dan menghalang mereka untuk masuk ke perkarangan stadium.

Dalam pada itu, Kelab Celtic telah mengeluarkan kenyataan supaya sebarang sepanduk, bendera dan simbol tidak dikibarkan di stadium walaupun sangar menghormati tragedi yang sedang berlaku.

“Celtic Park adalah tempat di mana kita datang untuk sokong kelab kita. Menyedari perkara ini, menghormati beratnya tragedi yang berlaku dan kesannya terhadap komuniti di Scotland dan seluruh dunia, dan selaras dengan kelab lain, liga dan persatuan lain, kami memohon supaya sepanduk, bendera dan simbol yang berkaitan dengan konflik membabitkan negara-negara yang terlibat tidak dipaparkan di Celtic Park untuk ketika ini,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Celtic.

 

Sumber: Mail Online, X Aida Celtic, EPL Bible, The News Index

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Dunia

Iran mengisytiharkan kemenangan bersejarah ke atas Amerika Syarikat dan Israel selepas 40 hari konflik, dengan mendakwa Donald Trump terpaksa menerima cadangan damai yang dikemukakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd