Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

FamilyMart Bakal Tamatkan MoU Dengan Syarikat Israel

Pemilik saham terbesar FamilyMart Co Ltd Jepun iaitu Itochu Aviaton bakal tamatkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat pertahanan Israel.

Menerusi satu kenyataan, FamilyMart Malaysia berkata pihaknya mengambil maklum berhubung gesaan orang ramai untuk memboikot kedai serbaneka tersebut.

https://www.facebook.com/FamilyMartMY/posts/pfbid0WAJyDWNULeY5ZkcLJXCng1mQt5NK8PioEUdj1QNVMeqwptXdgtGq2EVjwPPrybANl

“Kami ambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Disebabkan gesaan itu, FamilyMart Co Ltd Jepun berkata Itochu Aviation bakal menamatkan MoU berkenaan, seperti yang dilaporkan oleh berita di Jepun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Impak Boikot, Starbucks Dan H&M Akan Ditutup Secara Kekal Di Maghribi

“Keputusan ini dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini, yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

FamilyMart bakal tamatkan MoU dengan syarikat Israel

“FamilyMart Malaysia ingin mengulangi pendirian bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan. FamilyMart Malaysia tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel,” ujarnya.

Terdahulu, anak syarikat kepada Itochu Corporation iaitu Itochu Aviaton telah menandatangani MoU tersebut dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems.

MoU itu merupakan perjanjian untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara berkenaan.

Disebabkan itu, netizen menyeru agar semua orang untuk memboikot syarikat tersebut disamping mendakwa syarikat induknya merupakan penyokong terbesar Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook FamilyMart Malaysia

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Sosial

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd