Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Impak Boikot, Starbucks Dan H&M Akan Ditutup Secara Kekal Di Maghribi

Rangkaian kafe kopi terkemuka, Starbucks dan gedung fesyen H&M dilaporkan bakal ditutup secara kekal di Maghribi sebelum akhir tahun ini, lapor media tempatan Maroc Hebdo seperti dipetik portal berita The New Arab.

Difahamkan, kedua-dua jenama popular itu terpaksa menutup perniagaan secara kekal berikutan permintaan rendah susulan boikot berterusan oleh orang ramai disebabkan perang Israel-Palestin.

“Menurut maklumat yang boleh dipercayai, dua jenama global utama, terutama jenama pakaian H&M dan rangkaian kopi Amerika, Starbucks akan meninggalkan Maghribi bermula 15 Disember ini,”lapor penerbitan Maghribi pada 30 November lalu.

H&M, Starbucks Maghribi

Kedua-dua jenama itu terpaksa menanggung beban akibat kempen boikot yang menyasarkan jenama dan kedai Barat  khususnya milik Zionis berikutan perang tentera Israel ke atas Gaza.

Pengumuman itu telah mewujudkan kebimbangan dalam kalangan ratusan warga Maghribi terutama pekerja H&M dan Starbucks mengenai situasi ekonomi di Casablanca.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebilangan daripada mereka berkata, rangkaian Starbucks telah mengalami masalah kewangan kerana kekurangan permintaan.

“Ia akan menjadi bencana, kami mempunyai lebih 100 pekerja. Ke mana kami akan pergi selepas ini? Mudah-mudahan, laporan (penutupan) ini tidak benar,” kata seorang pekerja kedai Starbucks.

Starbucks Maghribi

Sementara itu, ramai dalam kalangan warga Maghribi gembira dengan berita tersebut dan ia dianggap sebagai kemenangan menerusi kempen boikot produk Israel.

Sekadar info, terdapat 18 buah lokasi Starbucks beroperasi di Maghribi, manakala empat gedung H&M dibuka di negara Afrika Utara itu.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak tujuh cawangan Starbucks terpaksa ditutup di kawasan pusat bandar San Francisco pada 22 Oktober lalu atas faktor keselamatan dimana kes jenayah terus berleluasa, penggunaan dadah dan wabak dari gelandangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, 52 Starbucks kekal di San Francisco.

Artikel lain: Tujuh Cawangan Starbucks Terpaksa Ditutup

Sumber: The New Arab

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd