Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

FAM Tidak Akan Swastakan Skuad Harimau Malaya

Tiada perpecahan atau penamatan hubungan antara pemain skuad Harimau Malaya dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, skuad Harimau Malaya tidak akan diswastakan, namun diletakkan di bawah unit khas badan induk bola sepak negara.

Menurut beliau, unit tersebut diberi tanggungjawab untuk memantau dan mengendalikan skuad bola sepak Malaysia dan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang juga melibatkan peruntukan kewangan serta barisan kejurulatihan pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut berkata, jawatankuasa termasuk kepimpinan tertinggi dalam unit berkenaan masih dalam perbincangan ketika ini dan keputusan akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

“Sebenarnya, tidak timbul isu pasukan kebangsaan diswastakan. Pasukan kebangsaan akan ada satu unit khas termasuklah membabitkan skuad B-23.
“Unit ini akan bertanggung jawab kepada Presiden (Tan Sri Hamidin Mohd Amin) dan Exco FAM. Cuma peruntukan untuk ini akan dijaga khusus supaya kewangannya tidak digunakan kepada lain.
“Idea ini adalah daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Idea ini datang untuk bantu dan tambah baik skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 hari ini.

Foto: Facebook Harimau Malaya

Terdahulu, pasukan Harimau Malaya dikatakan akan diswastakan selepas pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas menerusi laman sosialnya.

Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd