Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Demi Keadilan! FAM Nekad, Terus Perjuang Hak Pemain Walau Rayuan Ditolak FIFA

FAM Nekad

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap komited memperjuangkan hak tujuh pemain warisan yang sebelum ini dikaitkan dengan isu status kelayakan sehingga rayuan badan induk itu ditolak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kenyataan rasminya, FAM memaklumkan pihaknya telah menerima alasan penuh keputusan yang diberikan oleh FIFA berhubung penolakan rayuan berkaitan status kelayakan pemain terbabit.

FAM Nekad, Terus Perjuang Hak Pemain

Berikutan itu, FAM akan mengambil langkah seterusnya dengan membawa perkara tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS) sebagai usaha mendapatkan keadilan serta memastikan integriti proses kelayakan pemain sentiasa terpelihara.

“Sehubungan itu, FAM akan memulakan proses untuk membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS).
“Langkah ini diambil bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan badan-badan berkaitan.
“FAM tetap komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara, dan akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus serta mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya,” kata Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi.

Artikel lain: FAM Dedah Rayuan Ditolak FIFA – “Ini Kali Pertama Kami Berdepan Situasi Seperti Ini..”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan FIFA menolak rayuan FAM dan tujuh pemain negara yang didakwa menggunakan dokumen tidak sah sebelum ini.

Susulan keputusan itu, FIFA mengarahkan FAM melaksanakan dua siasatan dalaman secara terperinci melibatkan tatakelola sekretariat serta isu pemalsuan dokumentasi pemain.

Dalam alasan bertulis penuh setebal 64 muka surat, FIFA mahu siasatan dilakukan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab, termasuk meneliti peranan Setiausaha Agung FAM dan dua ejen berlesen FIFA yang dinamakan dalam prosiding tersebut.

Siasatan berasingan turut diarahkan berhubung penggunaan pemain tidak layak dalam tiga aksi persahabatan antarabangsa. FAM turut dikenakan denda CHF350,000 manakala tujuh pemain dikenakan denda CHF2,000 setiap seorang serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Football Association of Malaysia

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd