Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Faisal Halim Beri Duit Raya Kepada Penyokong Selangor, Kekalkan Tradisi Kongsi Rezeki

Pemain bola sepak, Faisal Halim meraih tumpuan warganet kerana mengekalkan tradisi memberi duit raya kepada penyokongnya ketika perlawanan Selangor menentang Terengganu di Stadium MBPJ pada Sabtu lalu.

Faisal Halim beri duit raya

@daisyllurvee

Faisal halim ❤️❤️❤️ #faisalhalim #selangorfc #mickey #cristianoronaldo #siuu #7 #fyp #fypage

♬ suara asli – SADVIBES🥀 – sadvibes🥀

Menerusi perkongsian di TikTok milik @daisyllurvee memaparkan Faisal berjalan ke tepi padang mendekati para penyokong Selangor sambil memberikan sampul berisi duit raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Faisal halim ❤️❤️❤️,” tulis peminatnya.

Personaliti Faisal yang mesra dan lincah ketika di atas padang membuatkan pemain ini tidak kekok apabila bertemu peminatnya kerana beliau dianggap sebagai seorang yang mudah didekati.

Faisal Halim beri duit raya

Dalam perkongsian sama, Faisal juga terlihat gembira menyantuni penyokongnya dengan sabar menghulurkan satu persatu sampul raya biarpun terpaksa berjengkit sedikit ke arah tempat duduk penyokong di bahagian atas barisan hadapan.

Pengguna TikTok itu turut mengimbau kembali momen sama pada tahun lalu dimana Faisal turut memberikan duit raya selepas tamat perlawanan sebelum tragedi dirinya disimbah asid oleh lelaki yang tidak dikenali.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya memuji keikhlasan Faisal dalam menghargai peminatnya dan ada juga mendoakan agar pemain skuad kebangsaan negara itu diberi kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemain paling bernilai, rezeki kongsi bersama

Faisal Halim beri duit raya

Hanya rupa berubah tapi hati tetap baik

Faisal Halim beri duit raya

Buat baik ramai sayang

Artikel lain: Tiada Musuh, Bapa Reda Dengan Ujian Menimpa Faisal Halim

Pada Mei tahun lalu, dunia bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan itu disimbah asid oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka yang sangat teruk.

Untuk rekod, pemain sayap itu telah berjaya membantu Selangor dalam perlawanan menentang Terengganu dengan mata 1-0 hasil jaringan lewat Alvin Fortes.

Sumber: TikTok daisyllurve

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

“Kena korek tabung vaksin jawabnya…”, demikian kata pendakwah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berkaitan diperintahkan membayar RM2.5...

Sosial

Seorang individu yang sudah berkhidmat 21 tahun dengan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah telah berkongsi rasa apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd